Preview JDT Vs Perak 26072017

Preview JDT vs Perak: Sang Belang Inginkan Kemenangan, Sang Seladang Mahu Leburkan Rekod Kebal Larkin

Perlawanan esok pasti dinanti seluruh peminat JDT yang ingin memberikan seribu kenangan manis di dalam ‘cerebrum’ terus menusuk ke ‘cerebellum’ penyokong Perak.

Kedua-dua pasukan mempunyai misinya tersendiri. Misi serampang dua mata menoktahkan kejuaraan di dalam kemenangan di stadium sendiri menjadi misi yang bakal dipikul pemain-pemain JDT.

Di bawah penulis cuba menghuraikan beberapa ‘point’ menjelang aksi yang sentiasa diselubungi dan diselimuti aksi-aksi panas dan cemas.

ORGANISASI PERTAHANAN PERAK SANGAT KRITIKAL

[AdSense-B]

Aksi menentang Selangor dan Felda United (Piala Malaysia) menjadi perlawanan yang paling mahu dilupakan kapten Perak, Shahrom Kalam. Kesilapan individu yang telah meranapkan impian untuk memperoleh 3 mata.

Isu terbesar Perak kini adalah mereka masih bermasalah dengan kawalan ruang dan organisasi pasukan ketika bertahan. Pertahanan mereka pada satu ketika memberi ruang terlalu besar kepada pihak lawan.

Pertahanan Perak akan cepat panik apabila diberi tekanan dan mereka akan melakukan terjahan yang menjurus kepada ‘foul’. Salah satu sebab kenapa mereka bertindak sedemikian rupa adalah kerana tidak cukup berdisiplin ketika bertahan.

Mereka sangat lemah berhadapan dengan pemain yang memiliki skill individu yang tinggi.

‘EPIC BRO’ TIDAK AKAN BERLAKU

Ramai menjangkakan esok akan berlakunya pertembungan adik-beradik di antara Aidil Zafuan (JDT) bersama Zaquan Adha (Perak). Namun penulis merasakan ianya tidak akan terjadi.

Kenapa? Aidil kini berada di dalam prestasi yang tidak menentu.

[AdSense-B]

Kesilapan beliau di dalam perlawanan menentang Selangor yang melakukan ‘silly foul’ disebabkan panik selepas bola berjaya melepasi beliau membuktikan Aidil tidak berada di dalam ‘form’ terbaik beliau. Di samping itu, peningkatan ketara yang ditunjukkan Fadhli Shas yang sudah pun menjaringkan 5 gol selama bersama JDT sudah mula menjadi pemain yang diingini peminat untuk diletakkan di dalam kesebelasan utama berganding bersama Marcos Antonio.

GANDINGAN ‘THREE HORSEMEN’ HARUS ‘DIKUNCI’

natxo insa jdt 1

Pada awal musim, peminat JDT sangat teruja dengan gandingan ‘Bermuda Triangle’ yang dianggotai Safiq, Afiq dan Nazmi. Namun seringkali ‘trio’ tersebut tidak dapat disatukan oleh jurulatih Mora yang lebih gemar menggunakan Amirul Hadi sebagai ‘double six’ mahupun ‘double eight’.

Dengan kemasukkan Natxo dan jurulatih Morais, rombakan dilakukan di bahagian tengah dengan menggandingkan Natxo bersama-sama Safiq dan Afiq. Ternyata gandingan tersebut menunjukkan keputusan yang positif apabila kesemua perlawanan yang disertai mereka berakhir dengan kemenangan.

Pergerakan Natxo Insa sudah semestinya bakal dikawal rapi. ‘Jantung Dewa’ ini pastinya bakal memberikan kesusahan andai tidak dikawal rapi.

[AdSense-B]

Keadaan sedemikian memberi kelebihan kepada Safiq Rahim untuk lebih bebas bergerak. Walaupun pada peringkat awal, kelibat Safiq dibayangi kehebatan Natxo, namun kini Safiq perlahan-lahan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan corak permainan Natxo.

Dan tidak keterlaluan jika penulis melabelkan beliau antara pemain terbaik di dalam Liga Super Malaysia musim ini. Di bawah dua ketua jurulatih, Safiq masih diberi kepercayaan untuk mengemudi barisan tengah JDT.

‘ATTACKING FORCE’ SEMAKIN TAJAM

natxo insa dan ghaddar

Dengan kehadiran Mohamad Ghaddar dan Natxo Insa di dalam skuad JDT, jelas ianya merubah 180° suasana pasukan JDT. Pada awal musim, JDT mempunyai sedikit masalah melibatkan unit serangan apabila Hazwan Bakri sangat ‘struggle’ untuk menyesuaikan diri di dalam taktikal jurulatih Mora.

Namun kini, JDT tidak berhadapan masalah untuk menjaringkan gol apabila gandingan ‘3G’ semakin bernafsu merobek gawang gol.

[AdSense-B]

Duo JDT, Mohamad Ghaddar dan Gabriel Guerra pastinya mempunyai misi masing-masing. Seorang sedang mengejar anugerah penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2017. Seorang lagi sedang cuba meletakkan diri beliau sebagai ‘top 5’ penjaring terbanyak JDT.

KESIMPULAN

jdtvsperak

Semoga perlawanan esok bakal memberikan seribu keterujaan sehingga deltoid kita jadi ketul-ketul seperti Sazali Samad.

Suka penulis memetik bait-bait ayat senior penulis Hafiz Othman. Dan ini ditujukan kepada kedua-dua penyokong.

‘Pastikan gagah jangan rebah, jangan membentak andai kalah, retisalnya roda kehidupan di loka, tetapkan syukur jangan diduka ‘

Semoga pasukan yang terbaik akan memenangi perlawanan tersebut.

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Baca juga: VIDEO: Temubual Oleh Goal Malaysia Bersama Natxo Insa

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: