Jdt Vs Terengganu

Preview JDT vs Terengganu: Adakah Morais Akan Pertaruhkan JDT ‘Second String’ Sekali Lagi?

Perlawanan kelima untuk Piala Malaysia akan menyaksikan pertembungan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim dengan pasukan Terengganu yang akan bermain dilaman keramat pasukan JDT iaitu Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin. Sepak mula akan bermula pada pukul 9 malam 1/8/2017.

Perlawanan ini dijangka sengit kerana sebelum ini perlawanan antara mereka berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Penulis suka menggariskan 5 perkara yang boleh kita lihat atau memberi tumpuan pada perlawanan kali ini.

1- Peluang layak ke suku akhir.

carta terkini piala malaysia 2017

Perlawanan malam Ini lebih terfokus kepada pasukan Terengganu yang masih mencari kemenangan pertama di peringkat kumpulan kerana mereka hanya sekadar memperoleh 3 seri dan 1 kalah untuk ketika ini, dan penulis yakin Terengganu akan bermain bermati-matian untuk membawa pulang 3 mata ke Kuala Terengganu.s

Bagi JDT pula, mereka hanya perlukan seri untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir. Berdasarkan rekod di Larkin, seri merupakan tugas yang boleh dicapat. Namun, jika JDT mahukan kedudukan pertama dalam kumpulan D mereka perlu menang pada malam ini.

2- Adakah Terengganu Mampu Menahan Asakan JDT

Seperti yang kita maklum, perlawanan sebelum ni di Terengganu jurulatih Morais menurun pasukan ‘second string’ dengan menampilkan kebanyakkannya pemain muda dan juga tanpa pemain import. Tetapi selepas dari itu, JDT tidak pernah lagi menurunkan kesebelasan pemain yang sama.

Sekurangnya, JDT akan membuat kombinasi antara pemain tetap dan juga simpanan. Di sini jurulatih Morais cuba tidak mengulangi kesilapan beliau bagi mengelak kehilangan 3 mata penting. Morais tidak akan mengambil mudah lagi dengan setiap perlawanan. Jika itu yang difikirkan pasukan Terengganu akan mengalami kesukaran.

Sedia maklum JDT memiliki trio terbaik a.k.a ‘Three Horsemen’ untuk mengemudi di bahagian tengah. Safiq Rahim, Natxo Insa dan Afiq Fazail mungkin akan digandingkan semula. Kelincahan Gabriel Guerra dan juga Gonzalo Cabrera di samping sentuhan pemusnah Ghaddar yang sudah semakin berbisa pasti bakal ditagih.

Tidak lupa juga peningkatan mendadak Fadhli Shas untuk mengawal benteng JDT. Namun JDT kehilangan tonggak dibarisan pertahanan apabila Marcos akan berehat panjang setelah mendapat kecederaan. Adakah Terengganu mampu menyekat serangan dari pasukan JDT. Ini pasti menjadikan perlawanan ini menarik untuk disaksikan.

3- Pemain Import baru Terengganu perlu diberi perhatian.

Tiga pemain import menjadi keutamaan Irfan Bakti untuk diturunkan menentang JDT ekoran prestasi yang memberangsangkan mengucar kacirkan ‘defending third’ JDT. Pada perlawanan yang lepas kita boleh lihat beberapa peluang dicipta antara blok 14 dan 16 namun kredit pada Haziq Nadzli yang dilihat mempunyai tahap ‘agility’ dan ‘reflexes’ yang tinggi dalam menjaga gawang JDT.

4- Faiz Nasir

faiz nasir mengasak

Pemain kecil yang mengemudi di bahagian tengah Terengganu perlu diberi tumpuan. Keberanian beliau untuk membantu serangan dan pertahanan Terengganu ditengah banyak memberi kesukaran kepada pemain JDT.

Dan ini diakui sendiri beberapa rakan penulis seperti Rhafiq Sulaiman dan Zan Tact. Sedia maklum gandingan beliau bersama ‘flanker’ Terengganu memaksa JDT berhati-hati dalam menggerakkan serangan di bahagian ‘wide area’.

Pemain ini perlu diberi perhatian dalam perlawanan ini kerana beliau dijangka mampu memberi tekanan di ‘defensive third’ JDT.

5- Adakah Morais akan menurunkan barisan ‘second string’ JDT?

morais dan gopi

Bagi penulis dengan mengambil kira dua perlawanan selepas perlawanan Terengganu tempoh hari, jurulatih Morais tidak lagi menurunkan barisan pemain ‘second string’. Jurulatih Morais semakin faham akan kekuatan atau kelemahan pasukan yang bertanding di Malaysia ini.

Tapi kami tidak dapat merumuskan awal sehingga sepak mula pada malam ini. Mungkin Morais akan membuat kejutan seterusnya pada perlawanan ini.

Penutup

Akhir kata, penulis mengharapkan pasukan JDT dapat mencipta kemenangan yang bergaya di halaman sendiri. Dalam masa yang sama tidak mengambil mudah dengan pasukan Terengganu.

Seperti biasa penulis menyeru kepada semua penyokong JDT agar dapat memenuhi stadium untuk memberi sorakan semangat kepada pasukan kesayangan kita iaitu JDT.

Bola itu bulat. Apa saja boleh berlaku.

Pasukan yang melakukan kesilapan walaupun kecil, pasukan itu lah yang akan menangis kekecewaan pada penghujung wisel penamat.

Penulis mengucapkan semoga berjaya kepada kedua-dua pasukan.


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: