JDT Vs PKNS FC

Preview Liga Super 2017: JDT menanti, PKNS FC memburu

Saingan Liga Super kali ini menemukan Juara Piala FA 2016, JDT dan juga Naib Juara Piala FA 2016, PKNS FC pada 15 April di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin, Johor. JDT turun dengan misi mengekalkan rekod di laman sendiri manakala PKNS pula turun dengan misi untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata dari Larkin. Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas sedikit sebanyak previu pertembungan antara kedua-dua pasukan ini.

PKNS FC

Corak permainan terlalu kasar, Elavasaran tampil beri keterangan

Pada pertemuan antara Kedah dan PKNS dalam saingan Liga Super yang lalu, PKNS dilihat bermain terlalu kasar sehingga menyebabkan dua pemain Kedah cedera, iaitu Syazwan dan Zac Anderson, sehinggakania mendapat kritikan berat dari Liridon  menyatakan yang PKNS sepatutnya tidak layak untuk bersaing di Liga Super.

[AdSense-B]

Jurulatih PKNS, E. Elavasaran tampil memberi keterangan yang menyatakan PKNS hanya bermain dengan corak aggresif walau bagaimanapun keadaan padang yang licin menyebabkan corak permainan bertukar menjadi lebih aggresif. Pada perlawanan itu, dikatakan Patrick Wleh Ronaldinho menyiku pemain Kedah dalam perlawanan itu.

Safee tidak dibawa ke Larkin, patuhi syarat “Gentleman Agreement”

Top 5 penjaring JDT dalam Piala AFC safee sali

Jentera serangan PKNS mungkin tumpul pada pertembungan menentang JDT nanti memandangkan Safee tidak diturunkan kerana mematuhi “Gentleman Agreement” yang ditetapkan ketika jendela perpindahan pada awal musim.

PKNS yang ketika ini bermain dengan menggunakan formasi 4-1-3-2 dengan mengamalkan corak aggresif pastinya cuba untuk berada dalam defensive mode sekerap yang boleh untuk mengekang asakan tuan rumah. Yang pastinya, pada malam pertembungan itu nanti PKNS akan merantai Gabi secukupnya agar dia tidak dapat membuat gerakan berbahaya di depan pintu gol PKNS.

JDT

Safiq tidak memakai armband, adakah petanda dia keluar?

Dua perlawanan berlalu kelihatan Safiq tidak memakai captain armband dan tugas kapten nampaknya diberi kepada Marcos. Lebih menghairankan, laman sosial instagram isterinya seperti memberi gambaran bahawa kapten Marvel JDT itu seperti akan meninggalkan JDT pada jendela perpindahan bulan Julai tahun ini.

[AdSense-B]

Perlu diingatkatkan, kenyataan ini hanyalah rumours memandangkan kontrak Safiq Rahim bersama JDT hingga 2019 dan juga khidmatnya seperti masih diperlukan memandangkan “enjin” JDT ini merupakan penggerak utama bahagian tengah JDT.

Defensive mode yang tak berdisiplin, kelebihan untuk pasukan “one route play”

Pada perlawanan yang lepas ketika menentang , JDT mudah melepaskan dua gol pada 20 minit pertama oleh kerana JDT tak bertahan in one unit. Defend JDT tidak marking Ghaddar secara total dengan berdisiplin dan menyebabkan Ghaddar dengan mudah melepasi keempat-empat pemain pertahanan dan menjaringkan dua gol awal.

Mujur beberapa kesilapan dari pemain Kelantan memberi beberapa kelebihan untuk JDT membuat comeback. Walaupun JDT berjaya mencuri tiga mata dari Kota Bharu, JDT masih lagi memperagakan permainan yang tidak menarik dengan defensive mode yang tak berdisiplin, cepat berpuas hati dan gagal menyerap asakan tuan rumah di tempat lawan.

Head-to-Head JDT VS. PKNS FC

JDT menang 4 perlawanan

JDT kalah 2 perlawanan

JDT seri 3 perlawanan

[AdSense-B]

Pemain tumpuan

JDT – Gonzalo Cabrerra

piala fa 2017 felda united 0 jdt 2 gonzalo cabrera

Sentiasa menjana serangan di bahagian sebelah kiri.  Beliau juga memperagakan individual play yang strategikal sehingga mampu memberi ruang untuk pemain JDT lain untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol. Antara pemain yang lebih gemar mencipta peluang di half space dan zon 14.

PKNS FC – Patrick Wleh Ronaldinho

Anacaman utama pemain pertahanan JDT. Ketiadaan Safee sedikit sebanyak mengganggu rentak serangan beliau. Ronaldinho juga salah seorang “floating striker” dan juga “modern no. 9” paling efektif dalam PKNS.

Baca juga: Piala Malaysia 2017: JDT sudah layak, JDT II hampir tersingkir

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: