PM 2 Terengganu Vs JDT

Preview Piala Malaysia 2017: JDT ‘B’ Pertaruhan Morais Menentang Terengganu

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan kedua melibatkan kumpulan D antara tuan rumah, Terengganu menentang pasukan JDT yang kini kembali ke menemui rentak kemenangan selepas dibaikpulih semasa jendela perpindahan pemain baru-baru ini.

Penulis ingin berkongsi 5 perkara tumpuan menjelang perlawanan tersebut yang berlangsung pada 7 Julai 2017.

1- JDT tanpa pemain bintangnya

natxo insa dan ghaddar

JDT sudah melancarkan perang psikologi terhadap kem kendalian Haji Irfan Bakti dengan menurunkan skuad simpanan menjelang pertemuan kedua ini. Hampir kesemua pemain utama JDT seperti Natxo Insa, Safiq Rahim, Hazwan Bakri, Mohamad Ghaddar dan lain-lain ‘disimpan’ menjelang pertemuan epic ‘El-Insa’ Selasa hadapan.

[AdSense-B]

Pastinya para pemain simpanan yang jarang bermain seperti Dominic Tan, R.Gopinathan, Hasbullah Abu Bakar dan beberapa lagi muka yang lain akan mengambil peluang ini untuk memastikan tempat mereka di JDT untuk musim hadapan masih selamat

2- Barisan tengah JDT menjadi tumpuan

JDT tewaskan Melaka United yol

Tanpa kelibat pemain yang tengah menjadi pujaan dambaan ramai peminat dan penyokong JDT iaitu Natxo Insa dan kelibat pemain paling berpengaruh JDT iaitu Safiq Rahim, sudah semestinya gandingan Nazmi Faiz Mansor dan Amirul Hadi Zainal akan dipertaruhkan jurulatih Morais.

Umum mengetahui prestasi Amirul Hadi pada musim ini kurang menjadi dan pastinya menjadi kerisauan semua penyokong JDT andai beliau diturunkan. Namun, penulis optimis Amirul Hadi mampu menjelmakan sesuatu baharu tanpa ada tekanan lebih-lebih lagi bakal diapit bersama Nazmi dan Shakir yang memang kekal konsisten apabila diturunkan.

3- Morais vs Irfan Bakti

Sekali lagi, jurulatih baharu JDT ini menjadi tumpuan ramai memandangkan beliau bakal menurunkan pemain yang berbeza dari sebelum-sebelum ini. Apakah beliau mampu menggarapkan adunan yang sempurna apabila menggunakan pemain yang berbeza? Ataupun beliau bakal menghadapi kesukaran seperti mana dirasai bekas jurulatih JDT yang lepas, Benjamin Mora.

[AdSense-B]

Di kem sebelah pula, jurulatih Haji Irfan Bakti pastinya ada ramuan tersendiri. Beliau adalah antara jurulatih yang boleh melakukan sesuatu yang tanpa kita jangka. Lihat saja bagaimana beliau mampu menyekat dan menimbulkan masalah kepada kem JDT pada musim lalu bersama pasukan Felda United yang rata-rata hanya dibarisi pemain yang kurang sikit kualitinya berbanding kualiti pemain-pemain JDT.

4- Faiz Nasir menjadi duri dalam daging

Prestasi yang semakin meningkat dipertonjolkan pemain muda bertubuh kecil ini. Acapkali beliau menjadi ‘gamecharger’ di waktu yang tidak diduga.

Pastinya ia akan mengundang keresahan di benteng pertahanan JDT yang bakal dibarisi pertahanan muda. Penulis menjangkakan Hasbullah Abu Bakar, Aidil Zafuan, Dominic Tan dan Azrif Nasrulhaq bakal membarisi benteng ‘back four’ JDT.

Anda masih ingat bagaimana gugupnya Dominic Tan sewaktu debut pertama beliau dalam kempen AFC yang lalu

5- Kedua-dua pasukan mempunyai peluang

Di atas kertas, kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk memenangi permainan malam ini. Namun Terengganu pasti tidak mahu memandang sebelah mata kebolehan pemain simpanan kem JDT kerana kini mereka sudah mempunyai sentuhan jurulatih baharu.

[AdSense-B]

Kesimpulan

Penulis mengharapkan pemain simpanan  JDT mampu memperagakan aksi menyakinkan kerana mereka juga mempunyai kualiti yang sama dengan pemain utama JDT. Tiada kurang mahupun terlebih kerana mereka adalah antara himpunan pemain terbaik di Malaysia setakat ini.

Bola itu bulat. Apa saja boleh berlaku. Pasukan yang melakukan kesilapan walaupun kecil, pasukan itu lah yang akan menangis kekecewaan pada penghujung wisel penamat. Penulis mengucapkan semoga berjaya kepada kedua-dua pasukan.

Baca juga: Import Dan Kebanyakkan Pemain Utama Tidak Dibawa Ke Terengganu

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: