Piala Malaysia 2017 JDT Vs Sarawak

Preview Piala Malaysia 2017: Semangat Ngap Sayot Mampu Gegarkan Larkin

Tarikh 4 Julai menjadi tarikh pembukaan tirai Piala Malaysia Edisi 2017 secara rasmi dengan menyaksikan JDT akan melayan kunjungan Sarawak di Stadium Larkin. Kali terakhir Sarawak berkunjung ke Stadium Larkin pada tahun lepas dalam Liga Super.

Pertembungan pertama dalam kempen Piala Malaysia kali ini bakal menjanjikan satu perlawanan menarik kerana pada perlawanan sebelum ini mutu permainan dari pasukan masing-masing makin meningkat dengan kehadiran beberapa “muka baru” dan perubahan taktikal.

Bakal pertahankan rekod Larkin, Natxo jadi sandaran

piala malaysia 2017 JDT taktikal

Melihat kepada perlawanan terakhir mereka ketika menentang Pulau Pinang, di venue yang sama, impak pengurus baharu, Ulisses Morais dan pemain dari Sepanyol, Natxo Insa nampaknya begitu serasi dengan cara permainan JDT.

Dalam perlawanan tersebut, gaya permainan Natxo yang keras dan banyak memberi ruang kepada Safiq untuk lebih mencipta gameplay yang lebih menarik dari bahagian tengah. Walaupun begitu, terdapat banyak silly mistake dari pertahanan yang menyebabkan beberapa kali Izham keluar dari kawasan gol dan bertindak sebagai sweeper keeper. Malah Morais juga mengatakan bahawa penyerang JDT masih lagi “malu-malu” membuat serangan.

[AdSense-B]

Walaupun ada beberapa impak positif terhadap gamelay JDT pada malam tersebut, isu pertahanan masih perlu diperbaiki. Kita masih lagi kekurangan skil dalam bertahan walaupun beberapa pemain berjayamenutup ruang. Ghaddar juga perlu memperbaiki isu finishing dan perlu lebih involve dalam teamplay kerana falsafah dan taktikal yang di terapkan merupakan posession style and build up game bagi mempertahankan rekod Larkin dalam saingan kali ini.

Keputusan positif menentang Kelantan, tanda Sarawak bangkit

Sarawak yang turun sebagai pelawat pada sabtu lepas menunjukkan yang mereka boleh mengatasi pasukan yang lebih kuat dari mereka walaupun bertandang di venue “orang”. Dengan kemenangan ke atas Kelantan pada aksi Liga Super yang lalu, Sarawak dilihat mampu mencipta kejutan dengan sekurangnya memberi aksi yang terbaik.

Mateo Roskam yang menjadi penggempur utama Sarawak pastinya amat dahagakan gol seperti aksi beliau ketika menentang Kelantan tempohari. Walaupun begitu, pemain-pemain muda Sarawak juga harus diberi pujian kerana mereka menjadi tunjang Sarawak ketika perlawanan tersebut.

Sudah pasti David Usop mahu meneruskan rentak kemenangan ini dengan mencipta dan menerapkan satu taktikal yang baharu bagi menjadi pasukan yang menundukkan berjaya menundukkan Harimau Selatan di gelanggang sendiri atau bakal sekurangnya menyekat kemaraan JDT ke pusingan seterusnya.

Head To Head JDT vs Sarawak

Jumlah pertemuan semenjak 2013: 9 perlawanan

JDT menang: 7 perlawanan

Seri: 2 perlawanan

Sarawak menang: Tiada

[AdSense-B]

Prestasi 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan

JDT: Menang, kalah, menang, menang dan seri

Sarawak: Menang, seri, seri, seri dan seri

Pemain Tumpuan

JDT – Natxo Insa

natxo insa permata baru jdt

Pemain ini membuktikan yang beliau betul-betul berharga dan pemain pelin berkualiti. JDT tidak lagi mengalami masalah dalam isu covering space apabila kehilangan midfielder. Gelaran “El-Matador” amat sesuai baginya seiring denga cara permainan yang keras dan stamina yang tinggi. Memunyai vision dalam padang yang tinggi.

Sarawak – Mateo Roskam

Penggempur Sarawak ini lebih kejam dihadapan gol setelah diasah dengan David Usop. Pemain yang mempunyai naluri menyerang yang tinggi dan lebih bertindak sebagai “defensive forward” walaupun masih belum kejam dihadapan gol.

Baca: 5 Sebab Kenapa Perlawanan Piala Malaysia Penting Buat JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: