Jdt_mas_squad_LS

Previu: Ceres Negros FC vs JDT, Zonal semi-final perlawanan pertama, bekalan selesa perlu dicari

JDT akan menerima kunjungan Ceres Negros daripada Filipina pada malam ini dalam perlawanan pertama Zonal Semi-final Piala AFC 2017 yang merupakan pertembungan antara pasukan yang berkongsi penjaring terbanyak dalam kejohanan ini.

JDT mara ke peringkat kalah mati sebagai pasukan ditangga ke-2 terbaik bagi Zon ASEAN. Pada peringkat kumpulan, JDT sudah bertemu dengan satu lagi wakil Filipina iaitu Global FC yang merupakan juara kumpulan F dengan memperolehi satu kemenangan dan satu kekalahan.

Johor Darul Ta’zim

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, JDT ketinggalan kepada Magwe FC menjadikan harapan untuk layak ke peringkat seterusnya berada dalam keraguan. Tetapi yang paling penting, penjaring terbanyak bersama kejohanan Gabriel Guerra muncul menjaringkan hatrik bagi memastikan kemenangan 3-1 dan menempah pertemuaan dengan Ceres Negros FC.

Walaupun Guerra diharapkan dapat menjaringkan gol, ketua pasukan Safiq Rahim juga penting dan mengawal kawasan tengah dengan baik. Safiq Rahim terlibat dalam satu perempat jaringan yang terhasil di peringkat kumpulan tetapi juga dua kali berjaya mencatat namanya dalam senarai penjaring.

Ceres Negros FC

Filipina menikmati kempen yang berjaya di kejohanan ini apabila kedua-dua Ceres dan Global mara ke Zonal Separuh akhir sebagai pendahulu kumpulan. Jaringan pastinya akan terhasil di stadium Larkin kerana kedua-dua JDT dan Ceres menjaringkan gol terbanyak dalam kejohanan ini iaitu dengan 16 gol.

Ceres melepasi persaingan yang sengit di Kumpulan G apabila kesemua empat pasukan masih mem harapan untuk mara selepas perlawanan ke-5 peringkat kumpulan. Pada perlawanan terakhir, Ceres menentang Tampines Rovers ketika berada di atas carta dan terus kekal berikutan kemenangan 4-2 di mana Bienvenido Maranon menjaringkan dua gol.

Sesungguhnya, hanya Maranon dapat bersaing dengan Guerra dalam senarai penjaring setelah pemain Sepanyol itu menjaringkan tiga gol pada laluan untuk melengkapkan tujuh gol di peringkat kumpulan. Sementara itu, pemain tengah Manuel Ott telah mencipta lebih banyak peluang berbanding pemain lain dalam pasukannya.

Pemain Tumpuan

Pastinya penjaring terbanyak bersama Piala AFC 2017 iaitu Gabriel Guerra dan B. Maranon.

ASEAN-ones-to-watch_LS

Rumusan

JDT seharusnya mengambil peluang bermain dihalaman sendiri, dihadapan penyokong sendiri untuk mendapatkan kemenangan pada malam ini. Kami mengharapkan JDT dapat membawa bekalan yang agak selesa apabila berkunjung ke tempat lawan pada hujung bulan ini dan berada dalam bulan puasa. Semoga berjaya para pejuang JDT.

Diolah dari artikel asal: AFC Cup 2017 – ASEAN Zonal SF: JDT v Ceres Negros

Baca juga: Fakta disebalik 49 Gol Safiq Rahim Untuk JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: