JDT Perlu Konsisten

Previu: JDT perlu konsisten, Kelantan mendapat tonik

Seteru hebat Johor Darul Ta’zim (JDT) suatu ketika dahulu menjadi ujian seterusnya untuk Benjamin Mora yang kini harus meraih kembali kepercayaan penyokong JDT yang dambakan keputusan positif sambil menikmati aksi menarik di atas padang dan JDT perlu konsisten.

Di kem Kelantan, penaja mereka menawarkan ganjaran andai dapat menewaskan JDT di Stadium Sultan Muhamad IV sebagai satu inisiatif untuk menaikkan moral para pemain Kelantan selepas kekalahan ke atas Pahang baru-baru ini.

Prestasi Semasa

Selepas mendapat ‘wake up call’, JDT dilihat seperti sudah kembali menemui rentak dan identiti mereka yang digeruni pihak lawan. Kemenangan ke atas Melaka United sangat diperlukan bagi mengembalikan semula moral para pemain yang dilihat semakin ‘down’ selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut ke atas Pahang FA dan Global FC.

[AdSense-B]

Namun masih menjadi satu kerisauan apabila JDT masih gagal mencari solusi di atas kepincangan mereka yang masih gagal untuk memecah ‘tight area’ pihak lawan di samping mereka akan cepat berasa tertekan apabila menghadapi pasukan yang bermain di garisan tinggi (high line).

Kelantan pula terpaksa akur dengan kekalahan di laman sendiri ke atas Pahang sekaligus menamatkan rentetan aksi cemerlang mereka di kubu mereka sendiri. Di dalam perlawanan tersebut, ternyata jurulatih Kelantan menerapkan sistem bertahan ‘parking bus’ selepas mendahului melalui Ghaddar namun tidak menjadi disebabkan tiada ‘backup plan’ untuk meneutralkan asakan pemain Pahang.

kelantan pahang

Dua pemain Pahang sedang mengasak seorang pemain Kelantan

Selain itu, Zahasmi Ismail sering menggunakan formasi 3-5-2 dan penulis tidak pasti adakah ianya satu tindakan untuk mengubah corak permainan Kelantan ataupun hanya sekadar sebuah eksperimen memandangkan mereka menggunakan tenaga pemain muda seperti Muhd Qayyum, Rozaimi Azwar dan kembali nya Nik Shahrul Azim.

Keputusan 5 Perlawanan Terdahulu

Jika dilihat prestasi lima perlawanan terdahulu antara kedua-dua pasukan, JDT mempunyai ‘track record’ yang lebih bagus berbanding Kelantan. Mereka mencatatkan peratusan kemenangan sebanyak 60% (3 menang) dan baki perlawanan yang lain berakhir dengan kekalahan.

[AdSense-B]

Sebaliknya pula pada Kelantan yang hanya mencatatkan peratusan kemenangan sebanyak 40% (2 kemenangan) dan selebihnya adalah kekalahan.

Di bawah adalah rekod lima perlawanan terdahulu kedua-dua belah pasukan :

kelantan dan jdt matches

Rekod ‘Head-to-head’ di Liga Super Malaysia

Kedua-dua pasukan ini bertemu sebanyak lapan kali sepanjang Liga Super Malaysia sejak dari tahun 2013. Lima kemenangan berpihak kepada JDT manakala Kelantan hanya mampu menewaskan JDT sekali sahaja di peringkat liga. Selebihnya berkesudahan dengan keputusan seri.

rekod head to heat jdt vs kelantan

Kesebelasan Utama Tetap Masih Pudar

Sehingga kini Benjamin Mora masih tiada bayangan kesebelasan utama yang tetap. Tidak seperti dahulu ketika dikendalikan oleh Mario Gomez, Benjamin Mora acapkali menggunakan pemain yang berlainan terutama di bahagian tengah. JDT perlu konsisten untuk meneruskan momentum kemenangan.

Beliau sering dikritik peminat JDT kerana meletakkan pemain di posisi yang tidak sepatutnya. Contohnya, Amirul Hadi Zainal. Sudah beberapa kali Benjamin Mora meletakkan Amirul Hadi sebagai pemain tengah bertahan namun hasilnya tetap sama malah semakin menyukarkan JDT untuk mencabar kedudukan di dalam liga.

[AdSense-B]

Jelas Amirul Hadi gagal mencari rentak dan menjalinkan ‘connection’ yang baik bersama Safiq Rahim. Ketika bertahan, JDT dilihat sangat terdedah dengan ancaman pemain lawan yang berjaya memanipulasi kelemahan pemain no.6 JDT.

Di bawah adalah contoh ruang yang ditinggalkan pemain tengah JDT dan merupakan titik lemah ‘weakest point’ ketika bertahan.

jdt pertahanan

JDT harus mengunci Ghaddar

KOTA BHARU, 8 April — Pemain Kelantan Mohamad Ghaddar meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama menentang Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam ini.
— fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ghaddar dilihat menjadi duri dalam daging di dalam setiap perlawanan. Walaupun beliau sudah tidak selincah dahulu namun beliau masih memiliki sepasang kaki yang cukup tajam untuk merobek gawang gol pihak lawan. 10 gol di dalam 9 perlawanan Liga Super cukup membuktikan sistem ‘target man’ yang diterapkan Zahasmi Ismail sudah menjadi ‘beast’.

[AdSense-B]

Prestasi Badhri Razi (Piya) yang kembali menjadi di samping kehadiran pemain-pemain muda memudahkan mereka bermain permainan ‘long ball’ memandangkan Piya mempunyai kualiti hantaran  jarak jauh dan ini sememangnya tidak menjadi kegemaran di kem JDT.

Dengan isu kecederaan yang mereka hadapi dan prestasi tidak menentu beberapa pemain seperti Azrif Nasrulhaq, Fazly Mazlan dan Izham Tarmizi, pastinya Kelantan berpeluang untuk mencipta kemenangan.

Kelantan Mendapat Tonik

suntikan semangat kelantan

Baru-baru ini, Kelantan mendapat tonik istimewa sebelum bertemu JDT. Mereka dijanjikan sebuah telefon bimbit pintar berjenama Huawei daripada penaja mereka. Itu semestinya menaikkan moral pemain Kelantan dalam memastikan tiga mata penuh milik mereka.

Pemain Tumpuan

JDT – Safiq Rahim

Beliau menjadi penjaring terbanyak JDT ketika bertemu dengan Kelantan dengan jaringan dua gol. Dengan prestasi beliau ketika bertemu dengan Melaka United, pastinya tugas berat untuk pertahanan Kelantan jika membiarkan Safiq bebas bergeak tanpa kawalan.

Kelantan – Ghaddar

10 gol di dalam 9 perlawanan sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi pemain tumpuan bagi pasukan Kelantan. Dan perlawanan ini juga menjadi medan terbaik untuk melihat adakah Ghaddar akan di ‘isolated’ kan ataupun menghampakan harapan peminat dan penyokong JDT.

Rumusan

safiq afiq nazmi jdt perlu konsisten

Benjamin Mora pastinya mahu memberikan satu lagi kemenangan bagi memudahkan mereka merampas kembali tahkta pendahulu liga dengan kelebihan satu mata. Peluang seperti ini seharusnya tidak boleh dilepaskan Benjamin Mora dan penulis mengharapakan tiada lagi ‘tactical error’.

Walaupun tanpa kehadiran ‘Bermuda Triangle’, namun itu bukan satu jaminan untuk memberi jalan yang mudah bagi Kelantan. Pastinya perlawanan ini menjadi tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya terdesak untuk mencari kemenangan dalam memastikan kedudukan mereka di liga selamat.

Baca juga: Kunanlan, Afiq dibawa ke Kota Bharu

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: