Melaka United Vs Jdt

Previu Liga Super 2017: JDT mahu kekal ‘Raja’, Melaka United mahu elak aib

Melaka United sekali lagi akan menerima kunjungan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim di Stadium Hang Jebat pada 6 Mei 2017. Berbekalkan prestasi dan rentak momentum yag semakin positif, semestinya mereka semakin ghairah untuk membaham sepuas-puasnya Melaka United yang kini agak terumbang-ambing.

Adakah akan berulang sekali lagi kisah memilukan 7-0 di bumi sendiri ataupun Melaka United berjaya mencipta fenomena baharu dengan mencalar ego sang juara? Dalam artikel ini akan diperjelaskan beberapa isu mengenai kedua-dua belah pasukan.

Benjamin Mora akan bereksperimen

Dengan ketiadaan Afiq Fazail dan Nazmi Faiz Mansor yang digantung perlawanan disebabkan melakukan kesalahan disiplin ketika menghadapi Pahang FA semasa suku akhir kedua Piala FA, ia sekaligus memberi ruang kepada Benjamin Mora untuk mengatur barisan baharu. Pastinya muka-muka baharu akan diletakkan di dalam kesebelasan utama esok bagi memberi beberapa pemain utama seperti Safiq Rahim dan Gabriel Guerra berehat.

Kemungkinan Shakir Shaari, Amirul Hadi Zainal dan Brian Ferreira akan diberi tanggungjawab di barisan hadapan sambil dibantu R.Gopinathan, S.Chanturu dan Azamuddin Akil. Barisan kali ini pastinya akan menjadi perhatian para pundit dan peminat JDT untuk melihat sejauh mana barisan simpanan JDT mampu menggalas tugas yang diberikan.

Melaka United masih tercari-cari rentak

JDT tewaskan Melaka United gopi

Sungguhpun jutaan wang ringgit sudah dilaburkan bagi memperkasakan pasukan dalam persiapan menghadapi kesukaran Liga Super Malaysia, ternyata Melaka United masih terumbang-ambing seperti dibadai ombai di Selat Melaka. Kehadiran beberapa nama besar seperti Amri Yahya masih tidak mampu membawa perubahan yang diingini.

Ternyata kredibiliti Eric dipertikaikan penyokong Melaka United dan ultras Taming Sari yang dahagakan kemenangan. Terlalu banyak pertukaran formasi bagi disesuaikan dengan taktikal beliau namun Eric dilihat cenderung untuk melakukan sesuatu yang sukar dilakukan pemain Melaka United yang baru setahun jagung bermain bersama-sama selepas revolusi besar-besaran

Rekod pertemuan

JDT menguasai rekod pertemuan dengan satu kemenangan dan kemenangan tersebut dicatatkan di Stadium Larkin dengan berkesudahan mimpi ngeri bagi Melaka United

Pemain tumpuan

JDT – Gabriel Guerra

kelantan 2 JDT 3 gabriel guerra

Selepas berjaya meledak ‘hat-trick’ pada perlawanan lalu,pastinya peminat JDT mengharapkan sekali lagi magis pemain berasal dari Argentina ini. Beliau sudah meledakkan 14 gol sepanjang musim ini bersama JDT dan pastinya terus ditagih untuk terus merobek gol lawan.

Melaka United – G. Puaneswaran

Digelar Mr.Dependable, pastinya kehadiran beliau diharapkan untuk mengucar-kacirkan pertahanan JDT yang bakal diterajui Marcos Antonio bersama-sama dengan Aidil Zafuan.

Baca juga: MA ranking kemaskini Mei 2017, kenapa Malaysia masih kedudukan ke-7?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: