Penang Vs Jdt

Previu Liga Super 2017: Misi kekal “Raja” Liga Super, Penang vs JDT

Pada 26 April ini, Pulau Pinang akan melayan kunjungan pendahulu Liga Super, JDT di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. JDT kali ini turun dengan misi kekal pendahulu liga dengan mengutip 23 mata manakala Pulau Pinang pula ingin mencuri sekurangnya 1 mata untuk meneruskan saingan dalam Liga super selepas terperosok di tangga terakhir Liga super.

Mampukah JDT membawa pulang tiga mata dan kekal raja di Liga Super? Ataupun Pulau Pinang mampu melakar kejutan ataupun mencuri sekurangnya satu mata? Dalam artikel kali ini kami akan mengulas previu tentang perlawanan antara kedua-dua pasukan ini.

[AdSense-B]

Zainal Abidin masih baru, perlukan masa sehingga jendela perpindahan

Zainal Abidin Hassan baru sahaja mengharungi tiga perlawanan dengan mengutip satu menang, satu seri dan satu kalah selepas dia mengambil alih jawatan ketua jurulatih dari Ashley Westwood yang dilucutkan jawatan kerana prestasi buruk sepanjang kempen Liga super berlangsung.

Memandangkan Zainal baru sahaja mengambil alih jawatan itu, dia telah melakukan beberapa perubahan drastik termasuk lah kesebelasan utama Pulau Pinang bagi mencapai falsafah yang dibawa olehnya. Di khabarkan menjelang jendela perpindahan yang dibuka Jun ini, Zainal akan membawa beberapa muka baru termasuklah merombak import yang sedia ada.

Dikhabarkan bekas import Pahang dan juga penyerang prolifik pasukan tersebut dibawa ke kem Pulau Pinang dan juga beberapa muka baru yang lain bagi melakukan beberapa pembaharuan dalam taktikal Zainal.

Mora masih bereksperimen, masih bermasalah dalam pemilihan pemain

Ketika pertemuan JDT menentang Pahang 24 April yang lalu dalam saingan Suku Akhir ledua Piala FA, JDT masih lagi mengamalkan prinsip taktikal yang tidak tetap. Masakan tidak, formation yang digunakan Mora tidak seperti kebiasaan, malah direct football diamalkan dalam game tersebut bertentangan dengan kebiasaan taktikal dengan menekankan posession ball.

Malah, apabila mora mengeluarkan Safiq dan memasukan Nazmi, bahagian tengah JDT tampak tak terurus kerana karakter “leader” masih tiada pada Nazmi walaupun Nazmi mempunyai naluri creator di bahagian tengah. Afiq Fazail pula tampak struggle kerana ruang yang besar dipertanggungjawab untuknya.

Rhomburst Football vs. Posession

Kami menjangkakan JDT akan kembali ke corak asal dengan lebih mempertaruhkan posession ball dengan connection yang lebih ke kiri melalui Cabrerra dan Gabi memandangkan Gabi merupakan free role dalam sistem ini dan Cabrerra pula mempunyai individual play serta overlapping.

Oleh itu, kami mungkin menjangkakan beberapa pemain utama tidak diturunkan untuk memberi ruang kepada reserve untuk mempamerkan aksi di tahap terbaik mereka. Formation yang bakal di gunakan ialah 4-1-2-3 dengan mengekalkan peranan Gabi sebagai free role untuk create link antara AMF dan Forward bagi menghasilkan beberapa gerakan berbahaya.

[AdSense-B]

Manakala Pulau Pinang pula, Zainal akan mempertaruhkan target man dalam sistem gameplay beliau untuk menggerakkan serangan. Dabingyaba adalah harapan Zainal sebelum Zainal menukar beberapa import yang sesuai untuk falsafah Rhomburst Football yang di amalkan beliau. Formation yang bakal digunakan Zainal kemungkinan ialah 4-4-1-1 dengan memberi ruang second striker untuk mewujudkan fluidity di antara midfield dengan target man.

Head To Head JDT vs. Pulau Pinang

JDT menguasai head to head dengan 3 menang dan satu seri.

Pemain tumpuan

JDT – Gabriel Guerra

gabriel guerra vs penang

Gerakan berbahaya dari pemain ini sentiasa membuka pemain JDT yang lain mengeksploitasi ruang yang ada untuk menjaringkan gol. Setakat ini, pemain ini yang mampu merangka gol dari zon 14 lawan memandangkan freerole yang ada pada beliau.

Pulau Pinang – N. Dabingyaba

Pemain yang bersaiz besar ini pastinya menjadi harapan Zainal untuk merobek gawang JDT. Fungsi targetman yang diharapkan oleh Zainal dalam sistem Rhomburst football yang diamalkan Zainal kerana larian dan body feint yang cukup kuat.

Baca jugak: Selain didenda, Afiq digantung dan Nazmi diberi amaran keras

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: