JDT Vs Selangor Matchday

Previu Liga Super #4: JDT vs Selangor, rekod dan statistik

Untuk memeriahkan lagi perlawanan malam ini antara JDT vs Selangor, kami sediakan sedikit previu dari segi rekod dan statistik semenjak 2013. Perlawanan ini merupakan perlawanan yang ke-4 mengikut jadual Liga Super 2017. Untuk rekod, perlawanan ke-3 JDT dalam Liga Super sudah ditangguhkan.

Perlawanan antara JDT dan selangor merupakan satu perlawanan yang besar. Selangor pula merupakan pembekal pemain kepada JDT. Kami yakin pemain yang berhijrah ke JDT ingin membuktikan bahawa penghijrahan mereka adalah satu keputusan yang tepat.

Rekod Liga Super yang JDT ingin diteruskan

Tanpa kalah dalam 25 perlawanan berturut-turut

Tanpa kalah di halaman sendiri dalam 53 perlawanan berturut-turut

Tanpa kalah di stadium Larkin dalam 47 perlawanan berturut-turut

Menjaringkan gol dalam 39 perlawanan berturut-turut

Statistik: Keputusan JDT vs Selangor sejak 2013

JDT menang = 5 perlawanan

JDT kalah = 2 perlawanan

JDT seri = 3 perlawanan

Jumlah jaringan = 17 gol

Jumlah bolos = 13 gol

Clean sheet = 1 perlawanan

Keputusan perlawanan JDT vs Selangor

Tarikh Pertandingan Home Result Away
22.10.2016 Liga Super Selangor 1-2 Johor DT
13.02.2016 Liga Super Johor DT 1-1 Selangor
13.07.2015 Liga Super Johor DT 3-1 Selangor
21.02.2015 Liga Super Selangor 1-1 Johor DT
24.05.2014 Liga Super Selangor 0-1 Johor DT
15.02.2014 Liga Super Johor DT 4-1 Selangor
06.07.2013 Liga Super Johor DT 1-1 Selangor
16.04.2013 Piala Malaysia Selangor 1-2 Johor DT
06.04.2013 Piala Malaysia Johor DT 1-2 Johor DT
09.03.2013 Liga Super Selangor 4-1 Johor DT

Senarai penjaring keatas Selangor

JDT vs Selangor Luciano Figeroa

No Nama Pemain Jumlah Gol
1 Luciano Figueroa 5
2 Leonel Núñez 3
3 Hariss Harun 2
4 Amri Yahyah 2
5 Norshahrul Idlan Talaha 1
6 Baihakki Khaizan 1
7 Jorge Pereyra Díaz 1
8 Fadhli Shas 1
9 Safee Sali 1

Adakah JDT akan memperolehi tiga mata malam ini? Apakah pandangan penyokong JDT? Moga perlawanan JDT vs Selangor akan menjadi perlawanan yang menarik.

Baca juga: Gamba Osaka vs JDT: Apa kata pemain JDT dan coach Mora


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: