Sarawak Vs JDT Poster

Previu Liga Super #7: Sarawak vs JDT, rekod dan statistik

Malam ini merupakan aksi ke-7 liga super dan menemukan Sarawak dan JDT di Stadium Negeri, Kuching. Untuk menghangatkan lagi perlawanan malam ini antara Sarawak vs JDT, kami sediakan analisa berdasarkan rekod dan statistik untuk pertemuan kedua-dua pasukan ini semenjak 2013. Jom baca dibawah ini:

Rekod Liga Super yang JDT ingin diteruskan

Kebanyakkan rekod JDT tidak dapat diteruskan selepas kekalahan di stadium Ipoh tempoh hari. Tetapi, satu rekod masih lagi bertahan iaitu JDT masih belum kalah di Stadium Larkin sejak musim 2013. Kami pasti, JDT akan terus kembali untuk memperbaiki rekod yang telah tercipta. Buat masa ini, JDT hanya mengumpul satu kemenangan ke atas T-Team di stadium Larkin.

[AdSense-B]

Statistik: Keputusan Sarawak vs JDT sejak 2013

JDT menang = 6 perlawanan

JDT kalah = 0 perlawanan

JDT seri = 2 perlawanan

Jumlah jaringan = 18 gol

Jumlah bolos = 6 gol

Clean sheet = 3 perlawanan

Keputusan perlawanan Sarawak vs JDT

TarikhPertandinganHomeResultAway
22.07.2016Liga SuperSarawak1-2Johor DT
20.04.2016Liga SuperJohor DT5-2Sarawak
21.11.2015Piala MalaysiaJohor DT1-1Sarawak
24.10.2015Piala MalaysiaJohor DT3-0Sarawak
01.08.2015Liga SuperSarawak0-1Johor DT
07.03.2015Liga SuperJohor DT2-1Sarawak
25.06.2014Liga SuperSarawak0-1Johor DT
29.03.2014Liga SuperJohor DT1-1Sarawak

[AdSense-B]

Senarai penjaring keatas Sarawak

Sarawak vs JDT safiq rahim

NoNama PemainJumlah Gol
1Safiq Rahim3
2Luciano Figueroa2
3Jorge Pereyra Díaz2
4Marcos Antonio2
5Juan Martin Lucero1
6Fazly Mazlan1
7Azinee Taib1
8Safee Sali1
9Hariss Harun1
10Amirul Hadi Zainal1
11Amri Yahyah1
12Gol sendiri1

[AdSense-B]

Adakah JDT akan memperolehi tiga mata malam ini? Mungkinkah Gopi akan diturunkan pada malam ini? Apakah pandangan penyokong JDT? Moga perlawanan Sarawak vs JDT akan menjadi perlawanan yang menarik.

Baca juga: JDT bawa 19 pemain ke Kuching, Sarawak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: