Previu Jdt Vs Melaka

Previu Piala Malaysia 2017: JDT vs Melaka United, JDT Mahu Meneruskan Perjuangan

Kemenangan 4-1 Johor Darul Ta’zim di Stadium Hang Jebat, Melaka untuk perlawanan suku akhir pertama merupakan bekalan yang cukup selesa untuk memastikan JDT layak ke perlawanan separuh akhir.

Tetapi ianya bukanlah satu alasan untuk tidak memberikan sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim khusus kepada peminat-peminat, manakala untuk para pemain diingatkan supaya berikan seratus peratus tumpuan untuk memastikan kemenangan milik JDT.

Perlawanan kedua antara Johor Darul Ta’zim yang bakal melayan kunjungan Melaka United di Stadium Larkin akan berlangsung pada 24 September 2017 dan sepak mula pada pukul 9 malam waktu Malaysia. Perlawanan ini merupakan perlawanan ke empat bagi kedua-dua pasukan itu berentap.

[AdSense-B]

Semangat #C4MPIONES Menyemarakkan Lagi Semangat JDT

Johor Darul Ta’zim baru sahaja meraikan kejayaan buat kali keempat sebagai Juara Liga Super Malaysia di Stadium Larkin. Penulis yakin keseronokan dalam meraikan kejayaan itu masih belum pudar dalam kalangan para pemain. Ini merupakan tonik istimewa untuk mereka memastikan kemenangan berterusan di Stadium Larkin khususnya untuk pasukan Johor Darul Ta’zim.

JDT Champion

Moral yang tinggi ini menyukarkan lagi peluang pasukan Melaka United dalam memastikan kemenangan dizahirkan sekaligus mencipta kejutan paling terbesar dalam kempen Piala Malaysia. Bola itu bulat.

Jadi mungkin ada sedikit ruang yang boleh digunakan. Tiada siapa yang tahu dan jangan berputus asa teruskan memberi tentangan yang sengit untuk Johor Darul Ta’zim.

[AdSense-B]

Impian Safiq Rahim Untuk Memenangi Piala Malaysia Bersama JDT

Piala Malaysia merupakan satu-satunya piala yang masih belum disemadikan di gerobok piala Safiq Rahim sepanjang mewakili Johor Darul Ta’zim. Impian ketua pasukan kita Safiq Rahim yang ingin membawa pulang Piala Malaysia ke Stadium Larkin antara salah satu pemangkin untuk memastikan tiada apa yang mampu atau boleh menghalang JDT untuk memenangi kejuaraan ini.

safiq rahim 1

Safiq Rahim merupakan satu-satunya pemain tempatan yang memenangi banyak piala dan anugerah di kancah bola sepak Malaysia, tetapi hanya Piala Malaysia sahaja yang beliau belum julang lagi. Diharap pada tahun ini beliau berjaya mencapai impian beliau sekaligus melengkapi “list” piala dan anugerah yang pernah beliau kecapi.

Struktur Serangan Dan Pertahanan Melaka United Perlu Diperkemaskan

Semasa perlawanan tempoh hari penulis melihat corak permainan Melaka United, apa yang boleh diperkatakan nampak perubahan yang telah dipamerkan oleh pasukan Melaka United di bawah kendalian jurulatih yang baru. Corak serangan yang semakin baik tetapi tidak untuk corak pertahanan.

Mereka mempunyai seorang penyerang yang sangat tajam iaitu Marko Simic. Namun di dalam perlawanan terdahulu, jelas Simic diasingkan dalam permainan Melaka United.

Cabrerra vs Melaka

Jadi pemain-pemain Melaka United perlu bekerja keras untuk memperbaiki sistem tengah mereka di samping bahagian pertahanan untuk memastikan tidak dibolosi dengan bilangan yang lebih banyak. Masih ingatkah lagi dengan peristiwa 7-0 di Stadium Larkin?

Penulis yakin pasukan JDT tidak akan memberi belas ihsan kepada pasukan Melaka United yang bakal bermain tanpa kelibat Azinee Taib.

[AdSense-B]

Semangat Ingin Kekal Di Dalam Pasukan JDT Untuk Tahun 2018

Sedia maklum didalam pasukan JDT tiada yang boleh berasa selesa. Di setiap posisi mempunyai saingan yang sengit.

Kalau tak mampu bersaing diminta keluar kerana ramai lagi yang ingin memenuhi dan berkemampuan untuk mengisi ruang dan posisi tersebut. Dan JDT sudah pun mendapatkan seorang pemain sayap baharu bagi menghadapi musim hadapan.

Ini adalah satu resepi bagaimana pasukan JDT memastikan pemain yang terbaik di antara terbaik sahaja yang boleh bermain untuk pasukan terbaik Liga Malaysia.

gary menjaringkan gol

Jadi dengan berbaki beberapa perlawanan sebelum sesi 2017 menutup tirai, perlawanan ini adalah antara medan untuk para pemain JDT menyakinkan pihak pengurusan dan jurulatih supaya mengekalkan diri mereka di dalam pasukan.

Penulis pasti JDT tidak boleh menyimpan pemain yang tidak mampu bersaing kerana visi dan misi sentiasa menolak dan melonjak pasukan JDT kehadapan dan tidak mampu untuk menunggu sesiapa yang terlambat. Dan mereka akan menerima nasib seperti mana bekas-bekas pemain JDT yang lain seperti K.Thanaraj dan Nazrin Nawi.

[AdSense-B]

Ini kerana setiap musim akan menjanjikan kesukaran dan kepayahan untuk bersaing. Fokus dan mampu bersaing ditagih dari setiap pemain.

Akhir kata, tiada apa lagi yang boleh dirungkai hanya wisel penamat diperlawanan tersebut sahaja yang boleh memberhentikan debaran ini. Pasti Melaka United bukan datang semata-mata untuk kalah dan diratah.

Maka penulis pasti walaupun dah banyak kali penulis rasa perlawanan esok pasti berlaku dengan sangat sengit.

Penyokong 1

Sekali lagi penulis merayu kepada penyokong Johor Darul Ta’zim mari kita beramai-ramai turun dan memenuhkan kerusi-kerusi di stadium. Jangan turun ketika perlawanan akhir sahaja jadilah penyokong yang sentiasa bersama ketika menang dan kalah.

From JB with love. Penulis adalah penyokong JDT yang bermental kuat tetapi tenang

[AdSense-B]

Baca juga: VIDEO: Paparan Ucapan Tahniah Buat JDT Di LED Board Stadium King Power

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: