Pemain Baru JDT 2017 R Gopinathan

R. Gopinathan Pemain Sayap Lincah Yang Semakin Hilang Dari Radar JDT

‘Gopi dimana gopi?’. Kalimah itu selalu dialunkan para penyokong JDT mahupun bukan JDT.

Kelibat larian kencang R. Gopinathan seolah-olah hanya sebuah bayang-bayang yang hilang apabila mendung tiba. Kelibat beliau hanya sekadar menjadi penghias di gambar semasa latihan sahaja sebagai pengubat rindu peminat yang rindukan beliau.

Anak kelahiran Pahang ini suatu masa dahulu dikenali dengan kepantasan larian dan kelincahan dalam menggelecek bola dengan kedua belah kaki nya. Pergerakan seolah-olah halilintar membelah bumi cukup membuat pihak lawan sangat tertekan.

[AdSense-B]

Menjelang perpindahan musim 2017, nama beliau antara ‘top list’ yang akan menyertai pasukan Melaka United, tetapi ekoran berlakunya masalah yang dihadapi dari segi penebusan kontrak oleh pihak tertinggi MUSA ketika itu, akhirnya beliau menyertai pasukan gergasi di selatan tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim. Dan beliau antara kuartet Selangor yang berhijrah ke JDT mengikut Nazmi Faiz dan Hazwan Bakri.

KENAPA R. GOPINATHAN DIBELI?

Pada kiraan penulis, pemain ‘flanker’ tulen ini mempunyai kemahiran gelecek menggunakan kedua-dua belah kaki. Dan itu adalah pecaturan awal oleh jurulatih pada ketika itu iaitu Mario Gomez untuk menguatkan lagi sistem permainan beliau.

Pemilihan beliau adalah untuk bermain di posisi sayap untuk mngemudi kawasan “wide area” kiri atau kanan. Bersesuaian dengan taktikal ketika itu 4-4-2.

Pembelian Gopi ketika itu adalah sangat berbaloi kerana beliau mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azinee Taib, Amri Yahya atau pun Nazrin Nawi yang telah perpindah ke pasukan Melaka dan juga Perak.

Pada usia beliau 27 tahun beliau sudah selesa dengan posisi beliau sebagai ‘winger’, dan agak sukar untuk beliau mengubah corak permainan dan mentaliti beliau sebagai seorang ‘classic winger’.

PERSAINGAN SENGIT

JDT tewaskan Melaka United gopi

Seperti sedia maklum di JDT, tidak semudah yang dijangka. JDT adalah pasukan yang sentiasa menagih daya saing yang tinggi dari setiap pemain.

Sebuah pasukan yang mempunyai ramai bintang. Jika ingin bermain di pasukan utama anda harus sentiasa menunjukkan prestasi yang terbaik.

[AdSense-B]

Pada ketika ini ramai nama nama besar yang boleh bermain di sebelah “wide area” antaranya Gonzalo Cabrera, Gabriel Guerra, Safawi Rashid, Hazwan Bakri dan tidak lupa juga pada Azamudin Akil . Terlalu ramai pesaing-pesaing untuk posisi beliau.

4-3-3 SESUAI ATAU TIDAK UNTUK GOPI

morais dan gopi

Apa yang penulis rasakan beliau bukan tidak mampu bersaing dengan pemain pemain lain. Taktikal atau falsafah bola pasukan JDT pada ketika ini memerlukan pemain yang boleh bermain sebagai “inside foward” bukan sekadar boleh belari sahaja namun mampu melakukan hantaran yang tetap dan juga mampu untuk melakukan “cut in” dari kotak 9 atau 11 ke kotak 14 dan juga boleh melakukan gerakan kreatif dan mampu menjaringkan gol.

Tetapi seperti yang kita ketahui dengan fizikal badan yang agak kecil menyebabkan mudah jatuh apabila dilanggar oleh pihak pertahanan lawan yang lebih besar. Selain itu, Gopi mempunyai kawalan bola yang kurang kemas dan hantaran lintang dan tendang yang jauh dari sasaran.

Itulah aspek-aspek yang perlu beliau tingkatkan. Betul bukan semua pemain itu sempurna. Sedia maklum semua pasukan mahu kalahkan JDT. Jadi permainan yang sukar dan akan sentiasa ada pelanggaran yang kasar sedikit sebanyak menjadi faktor kiraan untuk jurulatih memilih pemain.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MUSIM 2018.

Kunanlan dan gopi

2018 nanti sudah pasti menjanjikan perlawanan yang lebih kompetitif dan menarik untuk disaksikan.

Gopinathan terpaksa melakukan banyak “homework” untuk memastikan beliau masih releven untuk pasukan JDT nanti. Beliau terpaksa bekerja dengan pakar nutrisi untuk memastikan saiz badan beliau boleh dibesarkan dan solid.

Beliau perlu memastikan stamina beliau sentiasa di tahap yang terbaik. Beliau wajib berkerja keras ketika latihan di “gym” atau mungkin boleh mengajikan jurulatih peribadi untuk selepas sesi latihan, untuk memastikan “body strength” beliau ditahap yang terbaik.

[AdSense-B]

Mungkin juga beliau perlu mengubah mentaliti seorang ‘winger’ ke penyerang atau pun kepada seorang ‘wingback’. Jika perlu beliu lakukan apa salah nya.

Beliau terpaksa melakukan apa sahaja ketika ini supaya beliau perlu berada di pasukan utama JDT pada musim 2018. Beliau merupakan pemain yang berpengalaman dan juga berbakat besar.

Akhir kata penulis mahu melihat Gopi memberikan aksi yang cemerlang bersama pasukan JDT dalam baki saingan Liga Malaysia jika diturunkan oleh coach Morais. Penulis yakin Gopi boleh dan mampu melakukannya.

Penulis mengucapkan semoga maju jaya kepada beliau semoga beliau kembali mewarnai kancah bola sepak tanah air.

STATISTIK GOPI SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS

Penampilan: 5 (3 dalam Piala AFC dan 2 dalam Liga Super)

Minit: 286 (204 dalam Piala AFC dan 82 dalam Liga Super)

Jaringan: 1 (Magwe FC vs JDT)

Baca juga: RASMI: Infographik ‘Road to Final’ Piala Malaysia 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: