Road To Final Piala Malaysia 2017

RASMI: Infographik ‘Road to Final’ Piala Malaysia 2017

Secara rasminya FMLLP telah mengeluarkan infographik ‘Road to Final’ untuk Piala Malaysia 2017 di laman fanpage mereka. Ini merupakan infographik pertama yang dikeluarkan oleh FMLLP untuk peringkat suku akhir selaras dengan Manual Liga Malaysia 2017

Berdasarkan infographik ini, JDT yang berada dalam kumpulan D akan bertemu dengan salah satu kumpulan dari kumpulan C. Lawan JDT di suku akhir akan ditentukan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang akan berlangsung pada 9/9/2017.

[AdSense-B]

Kedudukan kumpulan D

Piala Malaysia 2017 Kumpulan D

Kedudukan kumpulan C

Piala Malaysia 2017 Kumpulan C

JDT boleh bertemu Kedah atau Melaka atau Kelantan

Di dalam kumpulan D, 2 pasukan iaitu JDT dan Selangor sudah sah ke suku akhir namun perlu merebut kedudukan no 1 kumpulan dalam perlawanan terakhir kumpulan. JDT hanya perlu seri untuk mendapatkan tempat pertama kumpulan D.

[AdSense-B]

Manakala kumpulan C, hanya Kedah sudah mengesahkan tempat ke suku akhir. Manakala Melaka United dan Kelantan masih mempunyai peluang ke suku akhir. Secara matematik, kedudukan pertama kumpulan masih boleh direbut antara Kedah dan Melaka United. Namun, secara logik akal sukar untuk Melaka mengejar perbezaan 11 gol dan pada masa yang sama Kedah bermain di gelanggang sendiri. Sukar untuk Kedah kalah.

Pasukan manakah yang akan bertemu dengan JDT di suku akhir? Kami rasanya Melaka United.

Baca juga: VIDEO: Top 5 Gol terbaik JDT bulan Julai 2017

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: