Line Up Muangthong Vs Jdt

Rating Pemain: Aksi Hambar Menentang Muangthong United

JDT sekali lagi gagal menandingi pasukan Muangthong United apabila tewas dengan keputusan 5-2 di Bangkok pada malam semalam. Kami mengambil rating pemain yang diberikan oleh Vijhay Vick dari fourfourtwo.com.

Kesebelasan Utama

Izham Tarmizi: 5.5/10

Penjaga gol JDT ini tidak wajar dipersalahkan dengan tiga gol mudah Muanthong United pada separuh masa pertama kerana pertahanan JDT gagal mengawal tembok pertahanan dengan berkesan. Namun, Izham ditewaskan dengan sepakan percuma menarik dari Heberty.

Fazly Mazlan: 4/10

Fazly bermula dengan cemerlang menyelamatkan gawang JDT dari serang balas Muangthong pada awal perlawanan. Namun selepas itu dia gagal mengawal kawasannya dan terus dibolosi. Gol-gol Muangthong berjaya dihasilkan melalui gerakan dari kawasan Fazly. Pada minit ke-43. Kawalan yang lemah menyebabkan Tristan Do dapat menjaringkan gol kedua Muangthong.

[AdSense-B]

Fadhli Shas: 6/10

Pemain pertahanan yang terbaik pada malam tersebut. Dia melakukan bentesan yang tepat pada masanya dan mampu membuat hantaran dengan tepat dan mudah.

Bruno Soares: 3.5/10

Pemain yang baru dibeli ini untuk menganti sementara tempat Marcos Antonio dilihat gugup sejak dari permulaan permainan dengan pertahanan yang lemah dan hantaran yang teruk. Dia memberikan sepakan penalti untuk gol ketiga Muangthong dan menerima kad kuning. Dia bernasib baik tidak menerima kad merah. Hantarannya yang tidak tepat penyebab kepada gol keempat Muangthong.

[AdSense-B]

S. Kunanlan: 4.5/10

Kebiasaannya Kunanlan mampu menjaga kawasannya dengan baik namun pada perlawanan semalam dia gagal untuk mengawal dan menyaingi kepantasan Theerathon Bunmathan yang mana pemain ini memberikan bantuan gol kepada Tristan Do.

Hariss Harun: 5/10

Bermain buat kali pertama selepas dipinjamkan ke Home United, Hariss gagal memberikan perlindungan kepada pertahanan berempat JDT dan juga tidak mampu memberi bantuan kepada barisan serangan.

Safiq Rahim: 6.5/10

Kapten JDT ini terpaksa turun lebih bawah untuk menerima bola dan dia juga jarang kehilangan bola. Namun, tidak mampu membuat apa-apa pada malam tersebut.

Natxo Insa: 6/10

Pemain ini diharapkan dapat menjadi watak perting dalam perlawanan menentang Muangthong United. Namun, dia gagal memberikan kesan dalam perlawanan setelah dikawal ketat yang mengagalkan dia untuk menguasai kawasan tengah.

[AdSense-B]

Hazwan Bakri: 5.5/10

Hazwan berjaya melakukan beberapa gerakan namun tidak memberikan ancaman kepada pihak lawan yang dikawal oleh Theerathon.

Syafiq Ahmad: 5/10

Mengejutkan Syafiq berada dalam kesebelasan utama. Dia berusaha untuk menewaskan pertahanan lawan dengan gerakannya namum masih gagal membantu serangan JDT.

Jorge Pereyra Diaz: 7/10

Diaz sentiasa mencari peluang untuk menewaskan pertahanan yang dikawal oleh Celio dos Santos. Dia kerap berusaha berseorangan, dikasari beberapa kali dan memenangi sepakan percuma. Dia kekal menjadi ancaman dan berjaya menjaring dua gol saguhati pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Pemain Gantian

Azrif Nasrulhaq: 5.5/10

Azrif dimasukan pada separuh masa pertama hampir tamat mengantikan Fazly yang mudah ditewaskan. Dia bernasib baik masih berada diatas padang selepas melakukan kekasaran keatas Heberty ketika perlawanan menghampiri satu jam. Seterusnya, sepakan percuma dari kekasaran ini berjaya menghasilkan gol.

[AdSense-B]

Darren Lok: 6/10

Darren dimasukan menggantikan Syafiq untuk memberikan JDT lebih tenaga melalui larian dan fizikalnya. Dia dilihat lebih berkesan berbanding Safiq dan juga Hazwan.

Garry Steven Robbart: NA

Dimasukan menghampiri masa penamat, tidak banyak yang mampu dibuat oleh Gary. Namun, JDT berjaya menjaringkan 2 gol selepas dia mengambil alih tempat Hariss sebagai pemain tengah bertahan dan Hariss menjadi pertahanan tengah,

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Kelayakan Piala ACL 2018, Muangthong United 5 Johor DT 2

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: