Raul Longhi Caretaker Jdt

Raul Longhi Dilantik Sebagai Jurulatih Sementara JDT

Melalui laman fanpage rasmi Johor Southern Tigers telah mengumumkan bahawa Raul Longhi akan mengambil alih tugas sebagai ‘Caretaker’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Raul Longhi yang telah bersama dengan kelab selama 3 tahun ini arif mengenai kelab dan falsafah bolasepak JDT. Oleh itu kelab telah memutuskan untuk beliau menjadi ‘Caretaker’ jurulatih dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim, Penolong Jurulatih JDT.

[AdSense-B]

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Raul Longhi dan mungkin boleh menjadi jurulatih tetap. Ujian pertama beliau adalah pada Rabu ini ketika JDT berkunjung ke Vietnam menentang pasukan Song Lam Nghe An.

Baca juga: Penyokong JDT Pasrah Keputusan Morais

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: