Nico Vs Terengganu

Raul Longhi Puas Hati Sumbangan Nicolas Alberto Fernandez

Jurulatih sementara Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi, tidak menganggap kelibat Nicolas Alberto Fernandez, sebagai pencetus kemenangan pasukannya tatkala pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, kecewa dengan penyudah pasukannya dalam pertemuan Liga Super di Kuala Terengganu, malam tadi.

Tanggapan Harimau Selatan tiada taring di tempat lawan ternyata meleset apabila mereka memastikan kemenangan ke atas TFC menerusi jaringan Marcos Antonio pada minit ke-29.

[AdSense-B]

Percaturan Longhi yang membariskan kesebelasan berbeza tanpa khidmat Luciano Figueroa akibat kecederaan, memberi tuah ketika mereka menampilkan sentuhan sulung Fernandez yang diserap masuk daripada JDT II.

“Ini adalah perlawanan pertama yang baik daripadanya tetapi saya tidak mahu bercakap tentang seorang pemain sahaja.

“Saya mahu bercakap mengenai satu pasukan.

“Semua pemain berjuang baik dan cuba bermain bola sepak dengan baik. Kami sangat gembira,” kata Longhi.

Dalam aksi sengit itu, TFC memperoleh sekurang-kurangnya dua peluang keemasan untuk merakamkan jaringan, namun ketumpulan penyudah di bahagian serangan membawa mereka kepada kegagalan dalam usaha mengekalkan rekod tanpa kalah.

[AdSense-B]

Perkara itu diakui jurulatih TFC, Irfan Bakti, dengan berkata: “Saya kecewa malam ini, mereka bermain baik dan bermati-matian dari minit pertama hingga tamat, tetapi peluang yang ada kami tidak manfaatkan.”

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Penyokong Terengganu Pertikai Mutu Pengadilan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: