Jdt Juara 4 Kali

Rekod Juara Liga 4 Kali Berturut-Turut, Adakah JDT Yang Pertama Di Asia?

Pada 5 Ogos yang lalu, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke empat berturut-turut. Walaupun tewas 1-2 kepada pasukan Selangor, JDT dinobatkan sebagai juara setelah pencabar utama, Kedah tewas di Stadium Darul Makmur.

Kejayaan ini menjadikan JDT sebagai pasukan pertama yang menjuarai Liga Super untuk empat kali berturut-turut di Malaysia. Di atas kejayaan tersebut, penulis melakukan sedikit pencari informasi untuk liga di Asia termasuk juga liga utama di Eropah. Inilah jawapan kepada jawapan di atas.

ASIA TENGGARA

Menurut kajian penulis hanya satu pasukan sahaja yang pernah mengecapi kejayaan tersebut di Asia Tenggara sebelum JDT.

Dalam saingan S-League yang dikendalikan Football Association Singapore (FAS), pasukan Singapore Armed Force FC merupakan pasukan pertama yang menjuarai liga domestik Singapura tersebut sebanyak empat kali berturut-turut. Kejuaraan buat Singapore Armed Force FC adalah pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

[AdSense-B]

Pada hari ini Singapore Armed Force FC dikenali sebagai Warriors FC selepas pertukaran nama pada 20 January 2013 kita JDT mengalami zaman transformasi. Shahril Ishak dan Baihakki Khaizan adalah dua pemain JDT/JDTII yang dalam skuad Warriors FC 2017.

ASIA

Selepas kajian diperingkat Asia Tenggara, penulis meluaskan skop kajian ke peringkat Asia. Penulis cuba mendalami beberapa liga utama di peringkat Asia seperti J-League, China Super League, K-League dan beberapa negara lagi.

Dalam China Super League, pasukan Guangzhou Evergrande memegang rekod kejuaraan enam kali berturut turut dari tahun 2011 sehingga 2016. Pasukan ini masih berpeluang melebarkan rekod tersebut kerana setakat ini Guangzhou Evergande mengungguli China Super League selepas 20 perlawanan.

[AdSense-B]

Selain Guangzhou Evergrande, pasukan Al-Oruba di Qatar Stars League juga pernah mencatat kejuaraan liga berturut-turut lebih daripada empat kali. Pasukan tersebut menjuarai liga sebanyak lima kali berturut-turut daripada musim 1966-97 sehingga 1970-71.

LIGA UTAMA EROPAH

Di peringkat Eropah pula, penulis membuat kajian terhadap beberapa liga utama di Eropah. Antara yang termasuk dalam kajian penulis adalah Bundesliga, Serie A, La Liga dan English Premier League.

Dalam saingan La Liga di Sepanyol, terdapat dua pasukan yang pernah menjuarai liga lebih daripada empat kali berturut-turut. Pasukan Real Madrid mencatat rekod tiga kali menjuarai liga sebanyak lima kali berturut turut.

[AdSense-B]

Kejayaan tersebut tercatat pada musim 1955-56 hingga 1959-60 (5 kali), 1960-61 hingga 1964-65 (5 kali) dan 1985-86 hingga 1989-90 (5 kali). Selain Real Madrid, Barcelona pernah mencatat kejuaraan empat kali berturut-turut pada musim 1990-91 hingga 1993-94.

Di Itali pula, Juventus mencatat kejuaraan empat kali berturut-turut dari musim 1930-31 hingga 1934-36. Juventus juga mencatatkan kejuaraan enam kali berturut-turut dari musim 2011-12 hingga kejuaraan terbaru 2016-17. Rekod ini masih boleh ditambah pada musim akan datang.

Selain Juventus, Torino dan Inter Milan pernah menjuarai liga empat kali berturut-turut, Torino melakukannya dari musim 1945-46 hingga 1948-49 manakala Inter Milan melakukannya dari musim 2006-07 hingga 2009-10.

Saingan Bundesliga di Jerman menyaksikan pasukan Bayern Munich mencatatkan kejuaraan liga sebanyak lima kali berturut turut semenjak musim 2012-13 hingga musim terbaharu 2016-17. Bayen juga berpeluang untuk terus melebarkan rekod ini.

[AdSense-B]

KESIMPULAN

Penulis berharap JDT juga mampu untuk terus melebarkan rekod kejuaraan berturut-turut dalam Liga Super bagi menyaingi rekod-rekod pasukan Guangzhou Evergrande, Bayern Munich dan juga Juventus.

Pastinya pengurusan JDT menyediakan skuad terbaik untuk musim 2018 bagi mencipta sejarah pula sebagai pasukan pertama Malaysia layak ke kejohanan ACL selaku juara liga musim 2018 sekiranya kedudukan MA rankling kekal hingga November tahun ini.

Baca juga: Semua Pertandingan: Rekod Kalah JDT Dihalaman Sendiri

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: