Untitled Design 28 2

Rempah Sup Homemade. Memang Mudah & Tahan Lama. Masak Sup Jimat Masa

Mesti ramai peminat menu yang bersup ni kan? Nak pula kalau di sediakan sekali mee atau bihun yang di celur mahu bertambah mangkuk hidangan. Namun kadangkala kekangan masa untuk memasak menjadikan hidangan ini bukan menu pilihan keluarga.

Disini kami ingin kongsikan pes mudah yang membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Anda perlu cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang besar | dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
  • 2 inci halia | dipotong kecil
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil kfc lada hitam
  • 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

CARA MEMASAK:

  • Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
  • Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
  • Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
  • Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Kredit gambar & resipi: Mas Lieyana via MAHN

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: