Ikan Selar

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang. Menu Bajet Guna 4 Bahan

Andai tak ada idea nak masak apa, menu yang min kongsi ni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.

IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
  • 1 keping asam gelugur @ keping

CARA MEMASAK:

  • Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.

  • Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat

  • Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.

  • Masukkan asam keping.

  • Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.

  • Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.

  • Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: