Roti Golok Gula

Resepi Roti Golok Viral. Ada Yang Teringin? Cubalah Resipi Ni

Roti enak dan lembut yang pernah menjadi viral beberapa bulan yang lalu. Malah sekarang ni pun masih ramai yang duk buat bisnes roti ni. Laris! Anda teringin nak makan? Ni resipinya. Memang rugi kalau tak cuba.

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 sdu besar susu pekat
  • 4sudu besar gula
  • 3-sudu besar yis
  • (Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

Bahan B:

  • 4 cawan tepung roti atau tepung high protien
  • 1 sudu kecil bun softoner
  • 2sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 1sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
  • (Ramas ramas bahan B sampai rata .)

Cara membuat.

  1. Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit demi sedikit.uli sampai elastik dan tidak melekat di tgn. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.
  2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang n pintal2(ikut citarasa masing2)
  3. Susun dlm loyang.. jarak2 kan
  4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing2 api atas bwh smp masak
  5. Tunggu roti sejuk br sapu butter @marjerin…last tabur gula [email protected] halus
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *