Apam Kampung Bersarang

Mesti Cuba Resipi Apam Kampung Bersarang Ikut Sukatan Cawan Ni, Sangat Mudah

Bila apam yang dimasak menjadi gebu tentulah terlagi-lagi nak membuatnya. Bersarang teruk la pulakk..hehe. Jangan tenung lama-lama. Mari membuatnya.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula merah
  • Setengah cawan gula pasir(klu suka manis 1 cawan gula)
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • Sepeket yis Mauripan 11 gram
  • 2 cawan air.
  • Kelapa parut

Cara memasak:

  1. Masak gula merah dengan gula pasir dan garam td dgn 2 cawan air hingga larut…
  2. Masukkan 2 helai daun pandan..Sejukkan.
  3. Masukkan tepung bersama yis.gaul rata.kemudian masukkan air gula yg tlh sejuk td.gaul hingga sebati.perap I jam (kalau nk bersarang perap la lama ckit 2-3jam hehe) didalam loyang atau bekas plastik yg disapu minyak.
  4. Panaskan pengukus 15 minit sblm mengukus.Apabila apam dh naik boleh kukus selama 45 minit atau sehingga masak.Dah masak boleh lah digaul dgn kelapa parut yg ditambah sedikit garam.

Nota*Sekiranya adunan x naik berkemungkinan yis rosak atau kurang air.Yis xboleh mengembang sbb kurang air. Cuba tambahkan air sedikit demi sedikit.Insyaallah klu yis xrosak ..adunan akan mula mengembang.

Kredit : NiezaRosez‎
#mahn

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: