Bihun Sup Chinese Style

Resipi Bihun Sup Chinese Style Paling Sempoi & Mudah, Anakpun Suka Makan

Terasa nak maka bihun sup versi cina? Boleh cuba resipi saudari Ikin Rahman yang paling mudah & sempoi ni. Bahan yang digunakan memang ringkas dan sangat senang nak dicuba.

BIHUN SUP CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka secukupnya
  • Kicap cair secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih cincanghingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
  2. Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan.
  3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam .
  4. Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
  5. Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
  6. Celur sawi dan juga bihun.
  7. Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
  8. Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
  9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ikin Rahman

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *