Resipi Kerabu Mi Segera Viral

Resipi Kerabu Mi Segera Viral, Rasa Macam Terbang Ke Thailand

Kerabu mi segera atau kerabu megi merupakan antara juadah dari negara Thailand yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Juga dikenali sebagai Yum Mama di dalam menu sesetengah kedai makanan Thailand, kerabu mi segera ini mempunyai rasa yang lengkap dan dapat mengenyangkan perut.

Buat anda yang merupakan peminat kerabu mi segera ini, boleh cuba buat sendiri di rumah supaya mendapat lebih kepuasan dan boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak. Nak pedas pun boleh!

BAHAN-BAHAN

  1. Pes tomyam
  2. Mi segera Serda
  3. Seafood
  4. Tomato, bawang, limau, daun ketumbar

MUDAH JE CARANYA

1. Maggi siap celur dengan bahan yang dah direbus dan dipotong.

2. Masukkan pes tomyam 2 sudu tea , gula dan ayaq limau nipis , kacau bagi sebati.

3. Massukan tomato , cili padi dan daun ketumbar , gaul lagi .. masukkan maggi tadi kacau lgi dan last skali masukkan kesemua bahan lain , ayam , sotong , udang , carrot , bawang hollend , kacau sebati , ok siap.

4. Yeayyyyy taraaaa ! Ok dah siap Kerabu Maggi. Selamat mencuba gais.

*Memang menyelerakan betul!

Sumber : Nurul Huda

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *