Roti Goreng Lemak Manis

Sebuku Roti Pun Tak Cukup, Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap & Mudah Ini

Bagi yang gemar makan roti, mesti bosan bila selalu sangat buat roti sandwich. Nak buat roti bakar pun macam dah tak lalu nak telan. Sesekali nak juga anda tukar selera.

Sebelum roti tamat tempoh, baik anda buat roti goreng lemak manis ala french toast seperti yang dikongsikan Puan Ratna Sari Zain ini. Belum habis goreng, gerenti masuk mulut berkeping-keping.

Malah tentu tak cukup sebuku roti kalau buat roti goreng lemak manis ini. Selain mudah nak buat, roti goreng lemak manis ini juga menggunakan bahan yang sudah tersedia di rumah. Nak try? Jom tengok resipinya.

ROTI GORENG LEMAK MANIS

Kak Rat buat ni untuk anak. Kak Rat tak tew ler apa yang sodapnyer roti ni. Rasanye lemak maniss gitew. Belum habis goreng dah kena ngappp berketoi-ketoi😅.

Bahannya:

  • Telur gred A 3 biji
  • Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
  • Secubit garam
  • Roti potong (besar)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara kat gambar yea.

1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.

2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.

3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe

4. Taraaa! Ciapp. Semudah 123 kangggg!

#SHARE lah😍

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *