1

Jangan Buang Roti Dah Nak Expired, Jom Buat Roti Lapis Daging Yang Sedap Ni

“Banyak lagi roti lebih tak berusik, dah tak tau nak makan dengan apa. Budak-budak tu pun dah jemu agaknya nak makan roti… Bolehlah cuba resepi roti lapis daging ni, nampak macam sedap. Dah macam lasagna pun ada.”

Selama ni asyik makan roti dengan kaya, jem, chocolate spreadpeanut butter semua. Kalau tak suka manis pula, biasanya kita makan sebagai sandwich menggunakan inti telur, sardin atau tuna.

Apa kata kita ubah selera dan cuba buat roti lapis daging yang mudah tapi sedap hingga menjilat jari. Nak-nak pula kalau dapat makan panas-panas, memang ‘melting’ habis! Lebih kurang macam lasagna, cuma roti lapis ni taklah berlapis-lapis. Inti dagingnya pula tak pakai sos tomato, sebaliknya boleh guna apa-apa yang ada dekat rumah. Kalau ada cheese, memang lebih wow lah jawabnya.

Hah, dah terliur kan? Jom kita tengok resepi roti lapis daging hasil perkongsian Puan Nadiah Hanum ini.

Bila stok roti dekat rumah tu banyak lagi, inilah cara nak ‘kerjakan’ dia sebelum expired. Sebenarnya roti lapis ni pun sememangnya salah satu favourite anak-anak saya. Senang sangat nak buat roti lapis ni. Tapi hasilnya memang best! Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan step-by-step cara membuatnya.

BAHAN-BAHAN

Bahan Inti

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daging kisar
  • Rempah daging
  • Lada hitam
  • *Mushroom / capsicum kalau suka
  • *Cili / cili padi bagi yang nak pedas
  • Sos cili Thai
  • Garam

Bahan Lapis

  • Roti secukupnya
  • Susu cair / susu segar
  • Sup Cendawan Campbell dalam tin
  • Telur
  • Cheese

CARA-CARA

1. MASAK INTI DAGING

  • Pertama sekali, kita sediakan dulu inti daging tu untuk dilapiskan nanti. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih dan halia ikut banyak mana roti dan daging yang kita nak guna. Kemudian, masuk daging kisar, rempah daging dan lada hitam. Masuk air sikit, goreng hingga daging masak dan kering.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos cili Thai. Kalau nak tambah mushroom & capsicum pun best, tapi saya tak ada stok. Jadi, saya guna bahan yang ada saja. Nak pedas mengganas boleh juga tabur cili padi.

2. CELUP ROTI DENGAN SUSU

  • Sekarang kita lapiskan. Mula-mula celupkan roti dengan susu cair / susu segar. Kemudian susunkan dalam tray. Saya gunakan tray 8″ ni just nice untuk susunkan 4 keping roti.

3. RATAKAN INTI ATAS ROTI

  • Lepas tu, bolehlah bubuhkan inti daging yang kita dah masak tadi. Ratakan.

4. TAMBAHKAN TELUR & CREAM

  • Kemudian nak lagi sedap dan lemak berkrim, kita tambahkan telur dan cream. Kocok 2 biji telur gred A bersama 3 sudu besar cream Campbells tudan curahkan atas inti daging tadi.

5. LAPISKAN CHEESE

  • Nak lagi melting, lapiskan dengan cheese macam ni. Nak guna cheese mozarella atau apa-apa jenis tu terpulanglah ya.

6. TUTUP BALIK DENGAN ROTI

  • Kemudian lapiskan balik dengan roti yang dicelup dengan susu segar atau susu cair, macam mula-mula tadi. Lepas tu kocok lagi sebiji telur dan tuang atas roti.

7. BAKAR

  • Sebelum bakar, taburkan sedikit lada hitam. Kalau nak tabur cheese lagi pun boleh. OK, dah boleh masuk oven! Kalau ikut oven saya, bakar pada suhu 200 °c selama 30 minit.

SIAP!

  • Bila keluar oven, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?

Memang sekejap dah licin kalau buat roti lapis ni. Bayangkan rasa daging dan cheeseyang cair di dalam tu, memang rasa nak buat je selalu.Lagipun resepi roti lapis daging ni memang simple sangat. Bahan-bahan pun boleh je diubahsuai dan pakai apa yang ada di rumah. Rugi tak cuba tau!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *