Safawi-rasid-sukan-sea-3

Safawi Lebih Mengentarkan Pertahanan Thailand, Worawut

Menjelang perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 menentang Thailand esok (Selasa), tonggak pertahanan pasukan Thailand, Worawut Namvech berkata bahawa beliau lebih gentar dengan pemain berjersi nombor 6 Malaysia, Safawi Rasid berbanding N. Thanabalan yang telah menjaringkan 4 gol buat pasukan Malaysia dalam kejohanan tersebut.

[AdSense-B]

safawi-rasid-sukan-sea-4

Menurut Worawut, pemain yang mewakili kelab Johor Darul Ta’zim tersebut mempunyai kelebihan skill individu yang menarik dan juga sepakan kencang yang merbahaya. Worawut yang mewakili kelab Sisaket FC itu berkata beliau dan rakan-rakannya akan berusaha untuk mengekang Safawi daripada melakukan sebarang percubaan kearah kubu mereka.

[AdSense-B]

Safawi sebelum ini telah diturunkan oleh Datuk Ong Kim Swee 4 kali daripada 5 perlawanan dalam kempen Sukan Sea. Beliau telah menjaringkan 2 gol dan 3 bantuan gol buat pasukan Harimau Muda setakat ini. Semoga Safawi Rasid terus cemerlang dalam perlawanan akhir nanti.

safawi-rasid-sukan-sea-1

Sumber: Harian Metro

Baca Juga: Adakah Kisah Setahun Yang Lepas Ini Akan Berulang?

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: