Safawi Rasid Sukan Sea

Safawi Rasid Idam Ulangi Emas 1989

Pemain skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Safawi Rasid mengingatkan rakan sepasukan untuk fokus kepada halangan peringkat kumpulan sebelum mahu memasang impian beraksi di final Sukan SEA hujung bulan ini.

Meskipun dia mengakui ada harapan untuk mereka menoktahkan penantian merangkul pingat emas di laman sendiri sejak kali terakhir pada 1989, namun saingan peringkat Kumpulan A tidak boleh diambil mudah.

“Bermain di tempat sendiri bukan satu bebanan tapi kelebihan kepada kita, cuma saya dan semua rakan sepasukan harus berikan 100 peratus komitmen.

JDT 2 PKNS FC 1 safawi

“Dalam setiap perlawanan, setiap minit, kena berjuang sehingga tamat permainan. Semua pasukan bagus, kita cuma mahu menang saja, sebab ini peluang untuk kita meraih pingat emas Sukan SEA kembali,” kata Safawi.

“Kami sekarang fokus dalam latihan bagi menghadapi saingan Sukan SEA, bagi saya peluang yang jurulatih berikan akan saya ambil sebaik mungkin.

“Bagi saya semua pemain mahu beraksi di Sukan SEA jadi kami perlu bersaing untuk merebut tempat,” jelas Safawi.

Malaysia juara 2011 di Jakarta bakal memulakan kempen Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam malam ini sebelum berdepan Singapura, Myanmar dan Laos.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: VIDEO: 2 Gol Dan 1 ‘Assist’ Dari Diaz Menjadi Detik ‘Comeback’ Buat Leon


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: