Safawi Rasid Vs Pahang

Safawi teruja pertemuan istimewa bertemu Terengganu

Safawi Rasid teruja menantikan pertemuan dengan Terengganu dalam separuh akhir Piala Malaysia sambil menegaskan aksi terbaiknya buat Johor Darul Ta’zim (JDT) belum dijelmakan.

Safawi mencetuskan sensasi apabila meledak dua gol istimewa di Larkin dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Pahang malam tadi untuk terus mengukuhkan status sebagai ikon Harimau Selatan.

Kepulangannya ke Kuala Terengganu sudah pasti dinantikan kedua-dua belah , baik penyokong JDT mahupun skuad Peteh.

Penggempur kelahiran Dungun, Terengganu, itu menyinar bersama T-Team sebelum disambar JDT pada 2017.

Ini perkongsian Safawi terhadap sumbangan berharganya menentang Pahang serta menjelang aksi menentang Terengganu nanti.

“Bola itu bergolek perlahan, pada awalnya saya menyangka ia keluar dan mungkin juga merupakan rezeki saya pada malam ini (tadi).

“Kami sangat gembira dapat melepasi rintangan pasukan Pahang yang bukan calang-calang pasukan.

“Kami dapat ke separuh akhir tetapi saya saya tidak begitu berpuas hati dengan tahap prestasi sendiri.

“Saya harap dapat meningkatkan prestasi dalam perlawanan seterusnya.

“Saya bertambah semangat untuk menunjukkan kemampuan ketika berdepan Terengganu nanti.

“Kami tidak boleh mengambil mudah dan perlu fokus,” katanya.

Sumber: Stadium Astro

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *