Safee Sali Penyerang Jdt

Safee Sali Percaya Luciano Figueroa Akan Berjaya Sebagai Pengarah Sukan JDT

Kembalinya Luciano Figueroa ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan peranan baru sebagai Pengarah Sukan telah mendapat kepercayaan daripada bekas penyerang Malaysia dan JDT, Safee Sali.

Langkah itu seperti mengikuti jejak kuasa besar Eropah seperti Bayern Munich, Manchester United dan Real Madrid, yang semuanya beralih kepada bekas pemain untuk memajukan lagi kelab tersebut.

[AdSense-B]

Figueroa dari Argentina, yang merupakan penyerang utama JDT pada musim 2014-2015, akan memberi tumpuan kepada urusan pasukan pertama kelab dan juga untuk membantu ketua jurulatih Ulisses Morais sebagai Pengarah Sukan.

Manakala Alistair Edwards telah ditugaskan semula sebagai pengarah teknikal selepas penyusunan semula telah diumumkan pada hari Sabtu yang lepas.

Safee Sali yang berpindah ke PKNS FC pada akhir musim lalu, memuji visi JDT untuk membawa pulang pemenang pingat emas Olimpik 2004 itu ke Malaysia.

[AdSense-B]

“Kelab ini telah membuat pilihan tepat untuk mendapatkan Luciano” kata Safee yang pernah bermain bersama Figueroa di musim kejuaraan Piala AFC 2015.

Luciano Figueroa jdt 3

“Dia adalah pemain yang luar biasa di dalam dan di luar padang dan kini dia mempunyai peluang untuk menjadi individu yang berpengaruh kepada para pemain. Apa yang saya maksudkan dengan luar biasa ialah dia mempunyai semangat juang yang tingi dan keinginan untuk melakukan yang terbaik dengan apa saja situasi yang dihadapi.

“Dia seorang yang hebat walau berada di luar padang. Dia merupakan pemain kegemaran penyokong dan memahami kelab dengan baik.

[AdSense-B]

“Sebagai pemain, dia mempunyai hubungan yang bagus dengan rakan sepasukannya dan ia akan sentiasa sama seperti sekarang. Etika kerjanya pasti akan membantu pasukan.

“Saya percaya ia sentiasa menjadi kelebihan untuk bekerjasama dengan bekas pemain kerana motif dan visi kelab akan sama.”

Walaupun selepas bersara pada penghujung musim 2015, pemain berusia 36 tahun ini sering kelihatan di perlawanan JDT, di stadium Larkin atau di tempat lawan.

Salah satu keutamaan Figueroa adalah untuk membantu JDT layak ke Liga Juara-Juara AFC, memandangkan mereka menguasai pertandingan domestik, setelah memenangi empat gelaran MSL yang terakhir.

[AdSense-B]

Mereka kini memberi tumpuan untuk mengangkat Piala Malaysia 2017, setelah berjaya ke suku akhir menentang Melaka United selepas kemenangan 3-1 ke atas Selangor pada Sabtu lepas.

Sumber: ESPNFC.com

Baca juga: Kapten Melaka United, R. Surendran Mahu Rakan Bina Kubu Kukuh Temu JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: