Safiq Rahim Piala Malaysia

Safiq Rahim Buru Kejuaraan Sulung Piala Malaysia

 

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, mahu memahat sejarah tersendiri dalam kariernya dengan menjulang Piala Malaysia bersama skuad Harimau Selatan, Sabtu ini, untuk bergelar antara pemain bola sepak terbaik negara sepanjang zaman.

Safiq adalah antara pemain disegani dalam kancah bola sepak tempatan. Mengecapi pelbagai kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa, pemain berusia 30 tahun itu, bagaimanapun, belum pernah beroleh nikmat kejuaraan Piala Malaysia.

[AdSense-B]

Justeru, trofi berprestij itu tampak menjadi peluang terbaik buat Safiq untuk melengkapkan koleksi peribadinya sebagai antara pemain terbaik negara.

“Semua pemain mahukan keputusan yang baik dan Piala Malaysia berada di Johor,” kata pemain tengah itu.

melaka united vs jdt safiq rahim

Untuk rekod, Safiq sudah meraih gelaran Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala AFC bersama dua pasukan berbeza dan turut cemerlang menunjangi Malaysia memenangi Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.

Begitupun, pemain berasal dari Kuala Selangor itu dua kali kempunan untuk menjuarai Piala Malaysia, iaitu dalam final 2008 dan 2014.

[AdSense-B]

“Tak kira saya pernah memenanginya atau tidak, saya mahukan kemenangan ini,” katanya

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: PBNJ Puji Kelancaran Jualan Tiket Di Stadium Larkin

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: