Safiq Rahim Tumpu Aksi Menentang Hong Kong

Safiq Rahim Tumpu Aksi Menentang Hong Kong Pada 10 Oktober

Ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim, enggan memikirkan aksi di gelanggang berkecuali untuk pertemuan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara nanti, sebaliknya mahu kekal fokus bertemu Hong Kong di laman lawan, 10 Oktober ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, semalam mengesahkan perlawanan di antara Korea Utara dan Malaysia yang ditetapkan pada 5 Oktober ini bakal ditangguhkan dan diadakan di gelanggang berkecuali selepas ia ditunda buat kali ketiga.

[AdSense-B]

Penangguhan perlawanan itu berlaku susulan larangan perjalanan rakyat Malaysia ke Korea Utara oleh Kementerian Luar Negara berikutan situasi tidak menentu kesan daripada siri ujian peluru berpandu oleh negara itu.

Pemilihan gelanggang berkecuali sememangnya pilihan terbaik agar pertemuan itu dapat diadakan dan sudah pasti memberi sedikit kelebihan kepada skuad kebangsaan.

“Itu semua di luar bidang kuasa kami sebagai pemain.

safiq rahim 1

“Kami perlu mengikut apa sahaja apa yang diaturkan untuk skuad kebangsaan.

“Kami akan menjalani persiapan menentang Hong Kong dari 4 Oktober nanti sebelum bertolak dua hari kemudian untuk mendapat keputusan yang baik,” kata Safiq.

Difahamkan, Korea Utara selaku tuan rumah untuk perlawanan itu mempunyai hak mencadangkan gelanggang berkecuali itu, namun segala cadangan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat.

[AdSense-B]

“Kita seharusnya menghormati keputusan AFC dan menunggu jawapan daripada Korea Utara kerana sebagai tuan rumah, mereka mempunyai hak untuk menentukan gelanggang dan persetujuan itu harus dicapai dengan AFC.

“Itu pendekatan yang paling baik,” kata penganalisis bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Liga Super 2017, Felda United 3 Johor DT 2

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: