Melaka United Vs Jdt Safiq Rahim

Safiq Rahim Yakin JDT Lebih Bersedia Menghadapi Kelayakan Piala ACL 2018

Kapten pasukan JDT, Safiq Rahim yakin pasukan beliau mampu menjinakkan Muangthong United di dalam aksi perlawanan kelayakan pada lusa.

Johor Darul Ta’zim bakal memulakan aksi bolasepak 2018 mereka dengan perlawanan menentang kelab dari Thailand, Muangthong United sebelum berhadapan dengan kelab Kashiwa Reysol bagi merebut slot ke peringkat kumpulan.

[AdSense-B]

Dua kelab ini pernah bertemu sesama mereka dua musim yang lalu di mana pasukan Muangthong United berjaya menewaskan pasukan JDT dengan mandian peluh. Kali ini, Safiq dengan nada yang yakin mengatakan JDT lebih matang and bersedia untuk menghadapi juara Thai League 1 2016.

safiq rahim 1

Baru-baru ini, Muangthong United sudah melepaskan penjaga gol mereka, Kawin Thamsatchanan yang menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab Belgium. Selain itu, Tochtawan Sripan, ketua jurulatih mereka juga kehilangan dua lagi pemain, Teerasil Dangda dan Theerathon Bunmathan namun mereka berdua masih boleh diturunkan.

[AdSense-B]

Dengan pasukan Muangthong United dipenuhi para pemain berstatus bintang, agak sukar untuk Safiq meramalkan siapa pemain yang paling berbahaya di atas padang. JDT sendiri harus memastikan taktikal mereka kali ini lebih berkesan bagi membalas dendam kepada pasukan kelab Jepun selepas musim lalu mereka tewas di tangan Gamba Osaka.

Sumber: goal.com

Baca juga: Izham Tarmizi Enggan Tertekan Hadapi Muangthong United

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: