Sambutan Meraikan Kejuaraan Liga Super 2017

Sambutan Meraikan Kejuaraan Liga Super 2017 Selepas Perlawanan JDT Menentang Kelantan

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan kejuaraan Liga Super 2017 pada 5hb Ogos yang lalu walaupun tewas kepada pasukan Selangor di Stadium Selayang. Kejuaraan yang di sahkan apabila Kedah selaku pencabar kejuaraan tewas kepada Pahang di Stadium Darul Makmur. Kejuaraan kali ke-4 berturut-turut di sahkan lebih awal walaupun Liga Super masih berbaki 3 perlawanan.

Juara Hatrik

Menurut ‘Johor Southern Tigers’ sambutan secara besar-besaran akan diadakan pada 20 September 2017 selepas perlawanan Liga Super ke-20 menentang Kelantan di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus. Sambutan ini dijangkakan lebih meriah berbanding ketika sambutan kejuaran “hatrick” tahun lalu.

[AdSense-B]

Dataran Bandaraya Johor Bahru akan menjadi saksi utama pesta kejuaraan kali ke-4 berturut-turut sejurus perlawanan menentang Kelantan tamat di stadium. Pelbagai acara telah dirancang pihak JDT untuk memeriahkan malam yang pastinya akan menjadi kenangan buat penyokong dan peminat pasukan Harimau Selatan.

JDT celebration bus

Ayuh sama-sama kita meriahkan sambutan gemilang buat pasukan kesayangan kita ini.

[AdSense-B]

Baca juga: TERKINI: MA Ranking Kemaskini Ogos 2017, Perbezaan Mata Malaysia Dan Hong Kong Semakin Mengecil

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: