Syafiq Ahmad Kedah

Satu Penghargaan besar Dikaitkan Dengan JDT – Syafiq Ahmad

 

Penyerang kebangsaan bawah 22 tahun, Syafiq Ahmad menyifatkan sebagai satu penghargaan besar kepada dirinya apabila beliau antara lima pemain yang disebut diperlukan oleh kelab gergasi Liga Super, JDT pada musim hadapan.

Perkara itu disuarakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut menyebut empat nama lain iaitu Adib Zainuddin, Syamer Kutty Abba, S.Kumaahran dan Adam Nor Azlin kerana kejayaan mereka membantu skuad kebangsaan menang pingat perak di pentas Sukan SEA 2017 baru-baru ini.

[AdSense-B]

Bagaimanapun, Syafiq belum memutuskan hala tujunya bagi musim 2018 kerana perlu fokus terlebih dahulu kepada baki saingan Liga Malaysia 2017 bersama Kedah.

Katanya,  beliau sedia untuk mempertimbangkannya kerana kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan tamat pada musim ini.

“Biarpun ia merupakan spekulasi namun dari satu sudut, ia merupakan satu penghargaan apabila nama saya disebut oleh Tunku Ismail untuk memperkuatkan JDT pada masa hadapan bersama empat pemain kebangsaan bawah 22 tahun yang lain.

Namun sebenarnya saya tidak terlalu mengambil serius perkara itu kerana ada tugas besar lain bersama Kedah yang perlu diselesaikan sekarang iaitu untuk mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia tahun ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

[AdSense-B]

Syafiq kini bersama Hijau Kuning dalam persiapan separuh akhir pertama Piala Malaysia menghadapi  Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada malam Ahad ini.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Zaquan Mahu Bekas Pasukan ‘Menangis’ Sekali Lagi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: