Ghaddar Vs Pkns Fc Home

Saya Berpuas Hati Dengan Persembahan Ghaddar – Benjamin Mora

Coach Benjamin Mora berpuas hati dengan persembahan yang di pamerkan import baru JDT, Mohammed Ghaddar ketika bertemu PKNS FC pada Rabu. Walaupun gagal mencatat sebarang jaringan pada penampilan sulungnya, Mora tetap merasakan pemain tersebut telah mempamerkan aksi yang baik.

Biarpun gagal menjaringkan gol, Ghaddar telah membantu rakan sepasukannya, Amirulhadi Zainal untuk menjaringkan gol kemenangan Johor DT pada minit ke-78. Mora juga yakin Ghaddar akan mampu menyesuaikan diri dengan lebih baik bersama ‘Harimau Selatan’ menjelang aksi-aksi mendatang.

“Malang sekali ia bukan malam terbaik buat Ghaddar tetapi saya tetap berpuas hati kerana dia sudah memberikan yang terbaik pada perlawanan ini.

“Sudah tentu sebagai penyerang dia akan kecewa kerana gagal menjaringkan gol tetapi saya percaya dia akan menyesuaikan diri dengan pasukan secepat mungkin,” kata Mora selepas tamat aksi itu.

Baca juga: Video: Kesemua 16 Gol JDT di Piala AFC 2017 Peringkat Kumpulan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: