Safawi Rasid Sukan Sea 1

Saya Tidak Sabar Untuk Beraksi Bertemu Dengan Indonesia – Safawi Rasid

Pemain JDT ini berkata kepada Berita Harian, bahawa beliau tidak sabar untuk beraksi bertemu Indonesia dalam aksi separuh akhir malam ini. Pemain berusia 20 tahun tersebut sebelum ini direhatkan ketika skuad negara menang ke atas Laos dalam aksi terakhir kumpulan.

[AdSense-B]

Safawi mencatat dua jaringan sepanjang peringkat kumpulan dan beliau boleh di katakan antara watak penting skuad negara ketika ini. Bagi Safawi, aksi bertemu Indonesia sewaktu kelayakan AFC tidak boleh di jadikan ukuran memandangkan ini merupakan kejohanan berlainan.

Safawi Rashid

Lebih lebih lagi Indonesia yang mengikat Thailand dan Vietnam dalam peringkat kumpulan. Indonesia layak selaku naib juara Kumpulan B.

“Saya direhatkan sebelum ini dan saya rasa sudah cergas sepenuhnya dan berada di tahap terbaik untuk diturunkan menentang Indonesia.

[AdSense-B]

“Kita pernah bertemu dengan Indonesia di kelayakan AFC di Bangkok sebelum ini. Walaupun kita menang, kita tak boleh terlalu yakin. Kita kena main seperti biasa dan memang saya mahukan kemenangan ke atas Indonesia untuk ke final,” kata Safawi.

Baca juga: VIDEO: ‘Throwback’ Kejuaraan Liga Super JDT Yang Kedua Berturut-Turut

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: