Selamat Maju Jaya Brian Ferreira

Selamat Maju Jaya Brian Ferreira, Hanya 198 Hari Bersama JDT

Jodoh Brian Ferreira bersama JDT tidak panjang. Pengumuman mengenai penyertaan Brian ke JDT dibuat pada 24 December 2016 dan 198 hari selepas itu JDT menjual Brian ke Fuerza Amarilla SC, kelab yang bermain di Liga Premier Ecuador. Namun, nilai penjualan Brian tidak dinyatakan oleh JDT.

Sepanjang tempoh 198 hari bersama JDT, Brian melakukan 11 penampilan bersama JDT. Secara pecahan 2 penampilan untuk kelayakan Piala ACL, 3 penampilan untuk Piala AFC, 5 penampilan untuk Liga Super dan 1 penampilan untuk Piala FA.

JDT 4 Global FC 0 brian ferreira

Penampilan pertama Brian adalah ketika menentang Kedah dalam Liga Super dan merebut Piala Sumbangsih. Brian merupakan pemain ke-4 untuk sepakan penanti dan sepakannya diselamatkan oleh penjaga gol Kedah. Jaringan pertama Brian ketika menentang Felda United dalam saingan Liga Super.

Secara keseluruhan hanya dua gol yang dapat dihasilkan dengan gol kedua ketika menentang Global FC dalam saingan Piala AFC. Brian mengumpul 728 minit perlawanan.

Gol Brian vs Global FC

Kami juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Brian Ferreira bersama kelab barunya.

Baca juga: Inilah Kesebelasan Utama Termuda JDT Yang Pernah Diturunkan


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: