Jdt Vs Selangor 1

Selangor Idam Lakar Kejutan Di Larkin

Selangor lebih selesa dilabel sebagai pasukan ‘underdog’ apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok bagi aksi kelapan Liga Super berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diluahkan pengurus pasukan Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad selepas mengambil kira reputasi besar yang dipegang skuad Harimau Selatan ketika ini.

Sedar dengan kekuatan yang dimiliki JDT, Abdul Rauf bagaimanapun tetap menaruh harapan tinggi buat Red Giants yang hanya akan membariskan dua pemain import untuk menjadi pasukan kedua meraih kemenangan di Larkin musim ini selepas Pahang.

[AdSense-B]

“Setakat ini kami berada pada tahap terbaik walaupun ketiadaan Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn. Kehadiran semula Willian Pacheco menguatkan lagi barisan pertahanan selain dibantu dengan prestasi cemerlang pemain muda,” kata Abdul Rauf.

“Jadi kita meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain ini yang orang kata sebagai ‘ubi muda’ untuk menunjukkan sesuatu. Kami ke sana (Larkin) sebagai pasukan bukan pilihan memandangkan reputasi besar yang dimiliki JDT.

“Walaupun hanya akan beraksi dengan dua import (Rufino Segovia dan Pacheco), kami percaya dengan barisan pemain yang sedia ada mampu memberikan persembahan terbaik.”

selangor vs jdt razman

Evan dan Ilham tidak bersama Red Giants selepas menyertai skuad Bawah 23 (B-23) tahun Indonesia bagi menghadapi kejohanan Piala Ulang Tahun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Ketiadaan mereka bagaimanapun dilihat tidak memberi kesan yang besar buat Selangor apabila anak didik Nazliazmi Mohamad Nasir berjaya mencipta kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Meskipun melabelkan pasukannya sebagai bukan pilihan, Abdul Rauf tetap berharap Red Giants mampu mencuri tiga mata berharga dari gelanggang keramat JDT.

[AdSense-B]

“Harapan sudah pasti nak menang walaupun bukan pasukan pilihan dan kami sedar kemampuan kami. Harapan kami memang tinggi untuk pasukan mendapatkan tiga mata.

“Kami perlukan mata untuk memperbaiki kedudukan selepas berada di kelompok pertengahan dalam carta liga. Walaupun beraksi di gelanggang lawan, tapi kami tetap yakin bahawa tiada benda yang mustahil,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Tugas Getir JDT Melayan Kunjungan Selangor

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: