Natxo Insa Pemain Terbaik

Semangat Natxo Insa Semakin Membara

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa mengakui semangatnya kian melonjak untuk membantu skuad Harimau Selatan menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia yang tidak pernah dimenangi kelab itu sejak mengalami transformasi pada 2013.

Malah, pemilihannya selaku pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Liga Super bagi bulan September dianggap amat istimewa dan hadir tepat pada waktunya.

[AdSense-B]

Jelas pemain kacukan kelahiran Sepanyol yang sudah mendapat taraf kerakyatan Julai lalu, Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM itu membuatkannya berada lebih dihargai, sekali gus membakar semangatnya untuk berjuang meskipun mengakui agak letih selepas mengharungi hampir 55 aksi kompetitif sepanjang musim ini.

“Ini anugerah pertama untuk saya sejak bermain di Malaysia. Saya harap dapat meraih lebih banyak pengalaman bersama kelab dan harap kempen tahun depan juga akan lebih baik.

pahang vs jdt 2017 natxo insa

“Bagi saya anugerah ini satu penghormatan yang diberikan penyokong dan pemerhati bola sepak kepada saya. Gelaran ini hasil kerjasama rakan sepasukan yang banyak membantu.

“Tentu sekali ia menambah keyakinan saya menjelang final esok. Kami akan cuba sedaya upaya memenangi perlawanan sekali gus menghadiahkan Piala Malaysia buat penyokong setia kami,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Pemain Terbaik Bulanan di sini, hari ini.

[AdSense-B]

Menerusi undian atas talian yang dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga www.asiana.my menyaksikan bekas pemain Levante itu mengumpul undian tertinggi sebanyak 46.11 peratus (2,847 undi).

Ia sekali gus mengetepikan empat calon lain iaitu Marko Simic dari Melaka United (29.95 peratus – 1,849 undi), Thiago Augusto Fernandes dari FELDA United (9.85 peratus – 608 undi), Matheus Alves dari Pahang (7.18 peratus – 443 undi) dan Wan Zack Haikal Wan Noor dari FELDA United (6.92 peratus – 427 undi).

Natxo Insa Janji Beri Aksi Terbaik Jika Diturunkan

Dia menerima wang tunai RM1,500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucar barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain berserta bingkai sumbangan Asiana.my.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Analisa Pemain: Natxo v Liridon, Pertarungan 2 Enjin Di Tengah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: