TMJ Pemilik JDT

Setahun TMJ menjadi pemilik JDT: Apa yang telah berlaku?

Hari ini genaplah setahun TMJ menjadi pemilik JDT. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan. Sebelum ini, TMJ merupakan Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor. TMJ masih meneruskan misi dan visi yang sama untuk pembangunan bolasepak negeri Johor.

Kami yakin, TMJ akan terus bersama JDT walaupun ramai pihak mahukan baginda menjadi presiden FAM. Selama setahun menjadi pemilik JDT, kami sediakan perkara yang TMJ telah lakukan setahun ini.

TMJ menjadi pemilik JDT

Pertemuan dengan orang penting bolasepak

TMJ menjadi pemilik JDT

Selepas, TMJ menjadi pemilik JDT, baginda mengadakan pertemuan dengan presiden-presiden kelab gergasi dan tersohor dunia seperti Nasser Al-Khelaifi Presiden Paris Saint-Germain, Mr Josep Maria Bartomeu Presiden Barcelona, Puan Chan Lay Hoon Presiden Valencia, Mr Miguel Angel Gil Marin Pemilik Atletico Madrid dan Mr Florentino Perez, Presiden Real Madrid.

Pertemuan ini banyak memberi ruang buat JDT untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara kelab demi pembangunan bolasepak negeri Johor.

[AdSense-B]

TMJ dapat juga bertemu dengan Mr Joan Laporta yang merupakan seorang tokoh penting dalam membantu Barcelona mencapai kejayaan dan  berpeluang bertukar pendapat dengan Pengurus Valencia ketika itu, Gary Alexander Neville dan Penolong Pengurus, Phillip John Neville serta berkesempatan meluangkan masa bersama pemain bolasepak terkenal dunia seperti Cristiano Ronaldo.

TMJ bersama ronaldo

Selain itu, pertemuan bersama Edwin Boekamp (Pengarah Teknikal Pembangunan Belia BVB), Caesar Ferrando Jiminez (Mantan Ketua Jurulatih JDT), Jorge Mendez (Ejen Pemain Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho) memberi kegembiraan atas sokongan mereka sewaktu TMJ berada di Sepanyol.

Dijemput mengadakan perlawanan persahabatan

Lebih mengejutkan adalah tawaran daripada Mr Miguel Angel Gil Marin, pemilik kelab Atletico Madrid yang telah menjemput JDT ke Madrid untuk perlawanan pra-musim 2017 bersama kelabnya.

jemputan persahabatan dengn benfica

Selain itu, JDT juga dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim dengan kelab gergasi Portugal, Benfica FC dan juga kelab dari Thailand, Buriram United.

Berucap di World Football Summit (WFS)

TMJ mendapat jemputan untuk menghadiri dan berucap di persidangan World Football Summit di Sepanyol pada bulan November yang lepas. Pada majlis itu juga, TMJ telah menerima pengiktirafan tertinggi selaku Ahli Kehormat World Football Summit.

Persidangan antarabangsa World Football Summit (WFS) yang dihadiri oleh jurucakap-jurucakap dari beberapa kelab besar seluruh dunia ini juga bakal diadakan di Johor pada masa akan datang selepas ahli panel tertinggi WFS mencadangkannya kepada TMJ.

Ia sekaligus memberi pengiktirafan kepada JDT di mata dunia apabila persidangan yang pastinya dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dan berpengaruh dalam sukan bola sepak diadakan disini bagi membincangkan kemajuan bola sepak sesama mereka.

[AdSense-B]

Lawatan dari bekas pemain bola sepak

Beberapa nama besar bola sepak datang ke JDT untuk melawat prasarana yang ada seperti yang dilakukan oleh Ryan Giggs dan Gary Neville. Juan Sebastian Veron pula datang untuk melihat perlawanan JDT dan bermain ‘sparring match’ bersama TMJ dan pihak pengurusan JDT.

ryan giggs dan neville di JDT

juan sebastian veron JDT

Pembukaan pusat latihan tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor

TMJ menghadiri Majlis Perasmian Pusat Latihan Tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor di Padang Seri Gelam yang dirasmikan sendiri oleh Dato’ Suleiman Mohd Noor pada 21hb April 2016.

Di bawah pentadbiran Dato’ Suleiman Mohd Noor, pasukan Johor menjulang Piala Malaysia 1985 dan mencatat sejarah selaku pasukan pertama bergelar juara berganda (Piala Liga dan Piala Malaysia) pada tahun 1991.

[AdSense-B]

Pertambahan piala untuk JDT

JDT berjaya menambah lagi tiga piala untuk musim 2016 iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Liga Super. Selain itu, JDT mencipta rekod menjadi juara liga super 3 tahun berturut-turut setelah TMJ menjadi pemilik JDT.

TMJ menjadi pemilik JDT

Baca juga: Pemain Import Baru JDT II 2017: Kenali Samuel Caceres

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: