Shafiq Shaharudin Jdt

Shafiq Shaharudin Merasai Liga Super Bersama Kelantan

Penyerang muda The Red Warriors (TRW), Shafiq Shaharudin bertekad tidak mahu mensia-siakan peluang mempertingkatkan kariernya dalam pasukan itu untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Pemain berusia 23 tahun dari Batu Pahat itu antara beberapa pemain muda yang mengikat kontrak bersama TRW musim depan.

Menurut Shafiq Shaharudin yang juga bekas tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim II ( JDT II), dia terkejut apabila dihubungi wakil Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan mengetahui namanya turut tersenarai dalam perancangan pasukan itu.

[AdSense-B]

“Saya akui masih cetek pengalaman dalam saingan liga namun akan bekerja keras memandangkan rakan sepasukan lain sudah pasti mahu menempatkan diri dalam kesebelasan utama,” katanya.

Katanya, segalanya perlu bermula lebih awal terutama dalam mempertingkatkan lagi tahap prestasi dan keserasian tanpa mengira siapa yang bakal gandingannya kelak.

“Saya harap peluang bersama TRW musim 2018 akan membantu mengembalikan semula reputasi menjadi penyerang terbaik dalam skuad utama.

“Namun saya akui sudah mengenali beberapa barisan pemain muda yang ada dalam skuad ini, sudah pasti saya perlu bersaing bagi menyakinkan jurulatih,” katanya yang menyarung jersi JDT II selama tiga musim sejak 2015.

Oleh itu beliau mengharapkan sokongan padu daripada rakan, Mohammad Danial Asraf Abdullah dan Fakhrul Zaman Wan Zawawi yang akan membantu terutama dari segi membentuk keserasian.

“Gandingan pemain muda Kelantan juga tidak memberi sebarang masalah kerana saya pernah bersaing dengan pasukan Piala Presiden Kelantan dalam saingan Piala Presiden dan ada yang pernah bersama saya ketika mewakili pasukan Harimau Muda.

[AdSense-B]

“Pengalaman yang ada bersama Piala Presiden dan JDT II sebelum ini diharap dapat memberi lebih keyakinan kerana bermain dengan pasukan berstatus Liga Super lebih mencabar.

“Pada masa sama, saya juga mahu berusaha dan bekerja dengan lebih dari sebelum ini untuk membantu TRW dan mengembangkan bakat saya ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Izham Tarmizi Yakin Luciano Figueroa Masih Berbisa

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: