Raul Longhi Afc

Shah Alam Bukan Gelanggang Bertuah Kami – Raul Longhi

JOHOR BAHRU: Selaku pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengelak terperangkap dengan helah PKNS FC pada aksi di Stadium Shah Alam, malam esok.

Pengendali JDT, Raul Longhi menyifatkan pertembungan menentang skuad kendalian Datuk K Rajagobal menggusarkan, apatah lagi pasukan itu memiliki barisan pemain berkualiti dan kerap mengamalkan corak permainan pantas.

[AdSense-B]

Beliau berkata, kemenangan ke atas PKNS FC 3-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 April lalu tidak boleh dijadikan ukuran kerana pertemuan kali ini sudah tentu berbeza dengan pasukan itu kemungkinan bakal tampil menerusi corak permainan agresif.

“Kami akan berdepan satu lagi perlawanan sukar. Malah saya kurang gemar beraksi di Stadium Shah Alam yang tidak begitu membawa tuah buat kami. Tetapi kami tetap akan turun habis-habisan untuk buru kemenangan di tempat lawan.

“Buat masa ini semua pemain bebas daripada kecederaan, kecuali Natxo Insa yang kini berada di Sepanyol untuk rawatan susulan dan mungkin minggu ini dia akan kembali ke Malaysia tetapi perlu berehat lagi sekurang-kurang dua minggu untuk pulih sepenuh.

“Saya juga tidak berdepan masalah menurunkan Nazmi (Faiz Mansor) dan Marcos (Antonio) yang tidak mengalami kecederaan, hanya kekejangan otot ketika menentang Negeri Sembilan, baru-baru ini,” katanya.

[AdSense-B]

Katanya, gandingan Hariss Harun dan Afiq Fazail yang sentiasa menguasai posisi tengah apabila bertindak menyekat pergerakan lawan selain mencetus gerakan berbahaya sekali lagi akan menjadi taruhan apabila berdepan skuad Semut Merah yang pasti mahu mengutip tiga mata selepas seri 1-1 dengan Melaka, baru-baru ini.

“Apapun kami perlu berwaspada dengan kelibat barisan serangan PKNS FC terutama kelicikan Faris Ramli dan Safee Sali,” kata Longhi.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *