Cara Siang Sotong Besar 800×416 628×275

Inilah Cara Mudah Siang Sotong Kembang, Sedap Buat Sambal Tumis Sotong

Nak tahu Cara Mudah Siang Sotong Kembang supaya cepat lembut dan tak berbau? Sotong kembang memang sedap kalau dimasak resepi sambal tumis sotong. Namun ada juga yang kata sotong kembang ni agak liat dan berbau bila dimasak.

Sebenarnya ada cara untuk siang sotong kembang ni. Bukan boleh main potong, cuci dan masak je. Untuk anda yang inginkan rasa sotong kembang yang lembut dan sedap, apa kata anda cuba langkah-langkah untuk siang sotong yang sis kongsikan di bawah ini.

Cara Mudah Siang Sotong Kembang

  1. Mula-mula sekali bila membeli sotong kembang, pastikan anda pilih yang segar
  2. Cuci sotong dengan air yang bersih.
  3. Sediakan air rebusan untuk mencelur sotong. Bahan-bahan yang diperlukan adalah serai dan halia. Anda hanya perlu rebuskan serai dan halia dalam periuk berisi air.
  4. Bila air dah mendidih, anda boleh celurkan sotong untuk kira-kira 5 ke 6 minit.
  5. Angkat sotong dan toskan.
  6. Bila dah sejuk, bolehlah anda siang. Mula-mula tarik ekor kecil di bahagian atas sotong.
  7. Selepas itu bersihkan bahagian dalam sotong dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  8. Cuci bersih sekali lagi dan toskan airnya.

Dah siap siang bolehlah masukkan sotong tu dalam menu hidangan anda. Tak perlu nak masak lama dah, sebab sotong tu pun dah dicelur.

Resepi Sambal Tumis Sotong Kembang

Bahan-bahan:

  • sotong kembang (dibersih dan dicelurkan)
  • cili kisar (sukatan ikut citarasa tahap kepedasan yang diingini)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang kecil (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci belacan (dikisar)
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Tumis Sotong

  1. Mula-mula tumis cili kisar sehingga sedikit garing. Masukkan bawang kecil, bawang putih dan belacan yang telah dikisar.
  2. Bila dah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  3. Masukkan sotong yang telah dicelur dan dipotong bersama dengan bawang besar yang dihiris.
  4. Kacau sebati dan biarkan masak seketika.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Dah tahu Cara Mudah Siang Sotong Kembang, jangan lupa mencuba resepi sambal tumis sotong ni ye.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: