Trofi Baru Liga Super 2017

Sifir JDT Menjadi Juara Liga Super 2018 Malam Ini

Pada malam ini dan esok akan berlangsungnya perlawanan ke-18 Liga Super 2018. JDT akan berkunjung ke Stadium Ipoh untuk bertemu dengan Perak. Pada masa ini JDT berada dikedudukan teratas liga dengan mengumpul 44 mata.

JDT mengatasi pasukan ditempat kedua dengan perbezaan 13 mata. Secara matematik, JDT boleh menjadi juara Liga Super malam ini jika dua situasi dibawah berlaku.

1- JDT menang

Tanpa menghiraukan keputusan di tempat lain, kemenangan pada malam ini akan memberikan JDT jumlah mata sebanyak 47 mata. Dengan mata ini, tiada pasukan yang dapat memintas JDT walaupun menang semua baki 5 perlawanan (termasuk perlawanan malam ini).

2- JDT seri dan Kedah seri/kalah

Andai Perak mampu mengikat JDT di Stadium Ipoh, hanya satu mata diperolehi oleh pasukan Perak dan JDT. JDT akan mendapat jumlah mata 45. Kedah boleh menyamai mata ini sekirangnya menang baki perlawanan, 30 mata yang diperolehi sekarang ini ditambah dengan 15 mata untuk 5 perlawanan.

Makanya, Kedah boleh memberikan kejuaraan buat JDT andai perlawanan yang melibatkan pasukan JDT, Perak dan Kedah berkesudahan seri.

Kesimpulan

Adakah anda sudah bersedia untuk meraikan kejuaraan JDT pada malam ini? Sifir mudah JDT perlu menang. Kalau pun seri, perlu mengharapkan Kedah seri juga. Jika kalah kene menunggu di perlawanan berikutnya.

Apa kata anda?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *