Jdt Vs Song Lam

Song Lam Nghe An FC Tetap Buru Kemenangan

Walaupun hanya memerlukan keputusan seri, penolong jurulatih Song Lam Nghe An FC, Nguyen Huy Hoang menegaskan pasukannya tetap turun dengan misi memburu kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan H saingan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Beliau yang hadir pada sidang media bagi menggantikan ketua jurulatih, Nguyen Duc Thang yang terpaksa pulang ke Ho Chin Minh akibat masalah pasport mengakui peluang pasukannya untuk mara ke separuh akhir Zon ASEAN sudah terjamin selaku pasukan kedua terbaik dalam Kumpulan F, G H jika seri menentang JDT.

[AdSense-B]

“Kami memburu satu mata sahaja untuk layak ke separuh akhir namun kami akan tetap beri tentangan sengit kepada JDT dalam perlawanan itu. Andai menang bonus buat kami kerana JDT adalah pasukan hebat dan ia juga mungkin membantu kami muncul juara kumpulan.

“Apa yang melegakan saya, kami akan turun dengan kesebelasan terbaik kerana semua pemain bebas daripada kecederaan. Namun kami tetap buat persiapan rapi untuk berdepan JDT yang dibarisi pemain berkualiti.

“Kami diperkuatkan tiga pemain kebangsaan Vietnam dan ia beri keyakinan untuk berdepan JDT dan saya jangkakan ia perlawanan sengit walaupun kami menang 2-0 pada aksi pusingan pertama,” katanya.

Huy Hoang mengakui aksi menentang skuad Harimau Selatan sememangnya sukar memandang pasukan itu beraksi di laman sendiri dan sudah pasti mereka enggan mengalah dalam perlawanan itu nanti.

[AdSense-B]

Song Lam Nghe An FC kini berada di tangga kedua selepas mengumpul 10 mata dan kini bersaing dengan kelab Indonesia, Persija Jakarta yang turut mengumpul 10 mata, namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan selaku pendahulu kumpulan.

Kelab dari Vietnam itu bukan sahaja memburu slot tempat kedua terbaik dalam Zon ASEAN malah berpeluang muncul juara kumpulan jika berjaya menewaskan JDT sambil berharap Persija tewas kepada Tampines Rovers.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Harimau Kemayoran Ajar JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: