Jdt Vs Songlam

Song Lam Nghe An vs JDT: Pasukan Mana Yang Akan Mengungguli Kumpulan H?

Pertembungan antara pasukan Song Lam Nghe An dari Vietnam dan JDT akan berlangsung petang ini di Vinh Stadium.  Pasukan yang memperolehi kemenangan akan berada kedudukan teratas kumpulan H dan mencatatkan kemenangan 100% selepas 2 perlawanan. Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 4.30 petang waktu Malaysia.

Perlawanan Pertama

JDT membuka tirai Piala AFC 2018 dengan kemenangan menyakinkan ke atas Persija Jakarta di Stadium Larkin dengan keputusan 3-0. Song Lam Nghe An pastinya akan memberikan cabaran sengit kepada JDT kerana mereka juga menang perlawanan pembukaan ke atas Tampines Rovers dengan keputusan 0-2 dengan beraksi ditempat lawan.

[AdSense-B]

Song Lam berjaya ke Piala AFC setelah menjuarai Piala Nasional Vietnam namun berada di kedudukan ke-8 Liga Vietnam. Manakala JDT mara selepas menjuarai Liga Super Malaysia dan sentiasa berada dalam kejohanan ini sejak 2015.

Perkembangan Terkini Pasukan

JDT mengalami dua kejutan sebelum bermulanya perlawanan ini. Yang pertama, JDT terpaksa melupakan khidmat jurulatih Morais apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan JDT. Keputusan ini dibuat atas faktor kesihatan isterinya yang dikabarkan perlu menjalani satu pembedahan di Portugal. Raul Longhi dilantik menjadi jurulatih sementara.

Selepas itu, penyerang JDT iaitu Diaz menghilangkan diri sebelum bertolak ke Vietnam semasa semua pemain berada di Singapura. Tanpa Diaz, JDT juga tidak dapat menggunakan Cabrera kerana tidak dapat didaftarkan. Hariss Harun dan Kunanlan yang tidak berada dalam kesebelasan utama semasa menentang Melaka United dijangka berada dalam kesebelasan utama. Begitu juga Hazwan dan Safawi.

[AdSense-B]

Song Lam pula mungkin mempunyai pemain yang lebih cergas kerana liga di Vietnam hanya akan bermula pada bulan Mac. Tidak seperti JDT, mereka tidak mempunyai pemain kebangsaan Vietnam dan hanya mempunyai seorang pemain import iaitu  Michael Olaha penyerang muda berumur 21 tahun dari Nigeria.

Jangkaan Keputusan

natxo vs pknp fc

Walaupun JDT beraksi dipimpin oleh jurulatih yang baru, kami merasakan JDT tidak mempunyai masalah untuk memenangi perlawanan ini. Kami memilih JDT menang dengan keputusan 1-3.

Apa pula jangkaan anda keputusan perlawanan ini?

Baca juga: 4 Perlawanan Berturut Di Tempat Lawan Tugas Berat Menanti Raul Longhi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: