Salam Ramadhan

Statistik 5 Perlawanan JDT Dalam Bulan Puasa Musim 2015

Hari ini merupakan hari pertama berpuasa bagi yang beragama Islam. Secara tradisinya, Liga Malaysia akan berhenti berehat ketika bulan Ramadhan dan juga sambutan hari raya Aidilfitri. Kecuali pada musim 2015, FMLLP telah menetapkan liga terpaksa di jalankan pada bulan Ramadhan.

5 perlawanan Liga Super

Walaupun dalam bulan puasa, FMLLP menetapkan 5 perlawanan yang perlu diharungi oleh semua pasukan dalam Liga Super. Perlawanan dimulakan sedikit lewat iaitu pada jam 10 malam bagi memberi lalu kepada pemain berbuka puasa. Mereka perlu mengawal pemakanan kerana hanya kurang 3 jam untuk mereka berjuang diatas padang.

Berikut adalah keputusan penuh 5 perlawanan tersebut:

20/06/15: Terengganu 0 – 1 Johor Darul Ta’zim

23/06/15: Johor Darul Ta’zim 2 – 0 Terengganu

27/06/15: Pahang 1 – 1 Johor Darul Ta’zim

04/07/15: Johor Darul Ta’zim 2 – 1 PDRM

13/07/15: Johor Darul Ta’zim 3 – 1 Selangor

Satu perlawanan persahabatan yang istimewa

Dalam bulan yang sama juga, JDT mengadakan perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund. Ini adalah mengikut perjanjian yang telah termetrai antara JDT dengan Borussia Dortmund. Namun, kerjasama ini tidak kekal panjang apabila JDT beralih arah ke Velencia.

Perlawanan ini merupakah satu sejarah bagi kelab dan juga merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh penyokong JDT. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Larkin dan berkesudahan dengan kemenangan keada Dorrmund dengan keputusan Johor Darul Ta’zim 1 – 6 Borussia Dortmund.

Gol tunggal JDT dijaringkan oleh Gary Stevan Robbat yang pernah berlatih bersama skuad Borussia Dortmund. Namun pada musim ini, Gary masih belum diturunkan oleh Coach Benjmin Mora.

Statistik perlawanan

Kami hanya mengambil kira perlawanan domestik sahaja kerana ia adalah perlawanan rasmi yang diatur oleh FAM dan FMLLP. Tiada perlawanan Piala AFC yang berlangsung dalam bulan puasa.

Bilangan perlawanan: 5

Menang: 4

Seri: 1

Kalah: 0

Jumlah jaringan: 9

Jumlah bolos: 3

Clean Sheet: 2

Senarai penjaring: L. Figueroa (4 gol), Safiq Rahim (2 gol), Amri Yahyah (2 gol) dan Aidil Zafuan (1 gol).

Kesimpulan

Bermain dalam bulan puasa nampaknya tidak memberikan kesan kepada JDT malah dapat mencatatkan 4 kemenangan dari 5 perlawanan. Cumanya, rentak perlawanan akan menjadi perlahan dan membosankan penonton. Ramai pihak yang menentang mengadakan perlawanan dalam bulan puasa.

Bermain dalam bulan puasa juga menyebabkan kehadiran penonton ke stadium juga berkurangan termasuklah di Stadium Larkin. Tetapi, TMJ tidak mempunyai apa-apa halangan untuk JDT bermain dalam bulan puasa pada musim akan datang.

Baginda mengambil contoh di negara Arab yang tidak menghentikan liga mereka ketika bulan Ramadhan. Akhir kata, selamat berjuang kepada JDT untuk menentang Ceres Negros FC yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, juga dalam bulan puasa.

Baca juga: Ucapan Salam Ramadhan Dari JST dan Pemain JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: