Zaquan Adha 260717

Status bukan pilihan beri kelebihan – Zaquan

Pemain tengah Perak, Zaquan Adha Abdul Radzak, tidak mahu status bukan pilihan menjadi penghalang buat pasukannya untuk mencuri mata bagi mencerahkan peluang meraih tempat terbaik dalam liga apabila bertemu Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super, malam ini.

Biarpun bermain di tempat lawan, Zaquan tidak mahu berasa terlalu tertekan sambil menekankan skuad The Bos Gaurus kini di landasan terbaik untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam liga.

[AdSense-B]

Bagi pemain berusia 29 tahun itu, setiap perlawanan dianggap misi penting dan dia juga mengingatkan rakan sepasukannya bahawa kemenangan ke atas 2-1 ke atas JDT ketika saingan pusingan pertama sebelum ini bukan kayu pengukur pertemuan itu.

“Untuk pusingan kedua saya rasa peluang agak seimbang.

“Saya harap kemenangan akan dapat dicapai kerana ia akan memberikan impak yang baik buat Perak,” kata Zaquan.

Dalam masa sama, Zaquan sedar bahawa pertahanan yang perlu dihadapi adalah abang kembarnya sendiri, Aidil Zafuan Abdul Radzak, namun dia menjanjikan aksi terbaik di atas padang.

[AdSense-B]

“Ini merupakan kali kedua saya akan berhadapan dengan abang saya tetapi kami harus bersikap professional.

“Kami bermain demi lencana di dada dan walaupun di luar kami adik-beradik, di dalam padang masing-masing akan fokus dengan kerja masing-masing,” ujarnya.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Kekang serangan JDT untuk bawa pulang mata

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: