Penyokong Jdt

Suami Julang JDT, Isteri Sokong Kedah

Setiap kali pertembungan dua gergasi bola sepak negara, Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT), kemunculan keluarga ini pasti menjadi tumpuan.

Apa tidaknya, ketika suami mengenakan jersi JDT, isterinya pula mengenakan jersi skuad Hijau Kuning.

Bagi pasangan Rafindi Ahmad Razi dan Raha Edayu Ibrahim, mereka sudah biasa dengan keadaan itu sejak berkahwin 10 tahun lalu.

[AdSense-B]

Rafindi yang berasal dari Kempas Lama, Johor adalah peminat fanatik JDT manakala Raha Edayu pula penyokong setia Lang Merah.

Rafindi berkata, sejak berkahwin, mereka menetap di Sintok, Kedah kerana isteri berasal dari sini dan bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Universiti Utara Malaysia.

“Tetapi itu tidak menghalang kami menyokong pasukan kami dan mengenakan jersi yang berbeza jika ada perlawanan antara Kedah dan JDT,

“Jika menonton perlawanan membabitkan Kedah dengan negeri lain kami berdua mengenakan jersi Hijau Kuning dan jika JDT bertanding, kami akan mengenakan jersi JDT,” kata Rafindi.

[AdSense-B]

Menariknya, minat mereka turut dikongsi bersama tiga anaknya.

Katanya, anak sulung, Raha Muhammad Amar dan bongsu, Baha Muhammad Airiz Anaqi 1, memilih pasukan JDT manakala anak perempuannya Raha Anur Fatehah, 4, adalah penyokong Kedah.

Jika bertandang ke stadium, mereka memilih duduk bersama penyokong JDT, namun anak dan isteri tidak akan kekok berbaju Kedah kerana penyokong lain sentiasa memberi sokongan kepada kami.

“Cuma bagi Piala Sultan Ahmad Syah (Sumbangsih) malam ini, isteri tidak dapat ikut sama ke Larkin bagi menyaksikan Kedah menentang JDT kerana kekangan tugas,

[AdSense-B]

“Tetapi walau apapun keputusannya, kami sekeluarga tetap gembira kerana akan berkongsi kejuaraan bersama” kata beliau yang juga ahli Boy of Straits (BOS) yang juga kelab penyokong pasukan JDT.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Cabrera Kembali Perkuatkan JDT Menentang Kedah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: